Dana judi: Bersatu bidas PMX seorang pembohong, mahu ambil tindakan saman

May 26, 2023 · Politik

Susulan pengesahan tiada bukti mengaitkan dana judi dengan Perikatan Nasional (PN) di Parlimen semalam, Bersatu membidas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pembohong dan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata jawapan rasmi di Parlimen adalah bukti selama ini Perdana Menteri (PMX) membuat tuduhan yang tidak berasas dan satu rekaan semata-mata untuk memburukkan lawan politiknya.

“Jawapan bertulis Datuk Sri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat, bertarikh 25 Mei 2023 itu juga secara terang lagi bersuluh mengesahkan bahawa tuduhan Anwar Ibrahim ke atas Perikatan Nasional pada 5 Disember 2022 dan diulanginya pada 6 Disember 2022 adalah rekaan serta pembohongan semata-mata.

“Sama sebagaimana beliau tanpa rasa bersalah membohongi rakyat dengan pelbagai janji yang tidak ditunaikan seperti janji turun harga minyak, janji selesaikan kos sara hidup, janji menentang nepotisme, dan janji perangi rasuah tetapi melantik Timbalan Perdana Menteri yang terbukti terdapat prima facie dan sedang membela diri terhadap 47 pertuduhan di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata rakyat perlu mengajar kerajaan campuran semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan nanti kerana berbohong dan mengesahkan Bersatu sedang menimbang tindakan undang-undang terhadap Anwar.

“Kezaliman Anwar Ibrahim ini perlu dihukum secara total oleh rakyat terutamanya dalam pilihan raya di enam buah negeri yang bakal berlangsung tidak berapa lama lagi dan kami di Perikatan Nasional sebagaimana telah dijelaskan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini, sedang menimbangkan tindakan undang-undang ke atas Anwar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Hamzah juga berkata pendakwaan yang dilakukan terhadap pemimpin Bersatu dan PN juga adalah siri pembohongan yang dibuat oleh kerajaan campuran diterajui Anwar.

“Makanya, pendakwaan ke atas pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional khususnya ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan kesinambungan kepada siri pembohongan, fitnah serta konspirasi jahat kerajaan campuran PH-BN dengan menyalahgunakan agensi penguatkuasa dan sistem mahkamah,” katanya lagi.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan dana judi yang diterima PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam jawapan secara bertulis itu Azalina mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang maklumat atau bukti berhubung dana judi seperti yang pernah didakwa oleh Anwar sebelum ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen PRU yang lepas.

Pada Disember tahun lalu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024· Isu semasa
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
UMNO dah tak marah Adam dulu bawa turun bendera Najib, kata Akmal
May 14, 2023
Lagi Politik terkini
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok