Dakwaan terima dana judi, PAS tuntut Anwar mohon maaf

May 26, 2023 · Politik

PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka susulan fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) berkait dana kempen pilihan raya sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata jawapan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Parlimen semalam jelas menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menipu.

“Kerajaan pimpinan PMX terbukti konsisten menipu. Jawapan yang diberikan oleh menteri mengenai dakwaan parti dalam PN menerima dana judi semasa kempen pilihan raya lalu bukti jelas kerajaan PH-BN pimpinan PMX menipu.

“Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat PMX selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX.

“Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan dana judi yang diterima PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam jawapan secara bertulis itu Azalina mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang maklumat atau bukti berhubung dana judi seperti yang pernah didakwa oleh Anwar sebelum ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen PRU yang lepas.

Pada Disember tahun lalu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.

Berita berkaitan
PN hantar 3 soalan untuk Anwar jawab di Parlimen
3 jam lalu· Isu semasa
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
5 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
7 jam lalu· Politik
Melayu muda lupa bersama Pakatan Harapan
June 1, 2023· Rencana
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
52 minit lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
4 jam lalu · Politik
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
5 jam lalu · Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
7 jam lalu · Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
24 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok