Dakwaan mengkafirkan UMNO bukan pendirian PAS : Mursyidul Am

August 6, 2023 · Politik

PAS tidak menganggap UMNO musuh apatah lagi mahu mengkafirkan mereka, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin selepas tular video membabitkan seorang warga emas, baru-baru ini.

Katanya, video warga emas yang didakwa ahli PAS mengkafirkan UMNO itu dipergunakan pihak tertentu untuk meraih undi ketika PRN.

Beliau menegaskan pendirian PAS berhubung isu ‘kafir-mengkafir’ itu telah lama selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

“Pandangan PAS jelas dah dalam persoalan ini. Kita tak anggap UMNO musuh. Kita nak ajak berkawan, tapi UMNO tak mahu.

“Dekat PRN ni, orang boleh berlakon, mengaku dia PAS, tuduh UMNO semua orang boleh buat, nak raih undi. Jadi, saya rasa itu tak perlu kita beri perhatian,” katanya, lapor FMT.

Terdahulu, tular satu video di media sosial menunjukkan kehadiran seorang wanita menemui pengundi ketika berkempen bagi calon Barisan Nasional tidak disambut baik penduduk setempat.

Dalam video itu, seorang wanita warga emas memberitahu dia tidak mahu mengundi UMNO kerana ‘akan kafir sampai kiamat’.

Susulan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam responsnya terhadap video itu menggesa kepimpinan PAS mengeluarkan arahan untuk menjernihkan keadaan bahawa rakyat yang mengundi mana-mana parti tidak sesekali jatuh kafir, apatah lagi masuk syurga atau neraka.

Mengulas lanjut, Hashim menyifatkan dakwaan kafir itu pandangan ‘tepi jalan’ yang tidak boleh diambil kira kerana bukan dibuat kepimpinan tertinggi PAS.

“Kalau ada pimpinan, lebih-lebih lagi di peringkat pusat yang melafazkan, itu boleh kita beri perhatian. Kalau orang biasa..kadang-kadang orang boleh berlakon, dia kata PAS yang kata atau dia mengaku dia PAS, kemudian dia kata UMNO kafir, saya rasa itu tak perlu diberi perhatian,” katanya.

Berita berkaitan
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Kerajaan guna isu 3R untuk elak dikritik dan bermotif politik: Dr Mahathir
September 27, 2023 · Politik
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok