Cuti Ahad dan Isnin jika PN bentuk Kerajaan Pusat selepas 19 November

November 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan memberi cuti umum pada Ahad dan Isnin sekiranya berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada Sabtu, 19 November ini.

Mengumumkan demikian malam ini (6 November 2022), Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin pemberian cuti itu adalah tambahan kepada ratusan lagi tawaran yang disediakan Perikatan Nasional dalam manifesto “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau PN BEST yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.

“Saya tahu keinginan rakyat untuk mengundi amat tinggi. Ini termasuk pengundi luar yang terpaksa mengundi di kampung halaman ataupun di lain daripada tempat tinggal mereka.

“Jadi saya nak umumkan jika Perikatan Nasional menang dalam pilihan raya 19 November nanti kita akan isytiharkan cuti umum pada hari Ahad bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, dan Isnin bagi negeri-negeri lain.

“Ini akan membolehkan pengundi luar keluar mengundi tanpa perlu memohon cuti pada Ahad ataupun Isnin yang akan datang ini,” katanya ketika melancarkan manifesto PN BEST, di Shah Alam, malam tadi.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri dan Presiden Bersatu berkata Perikatan Nasional akan membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil bagi menjamin kemakmuran berterusan dan membina Malaysia yang inklusif dan gemilang, jika menang pada 19 November ini.

Secara keseluruhan tawaran itu digubal bagi mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dan melindungi hak semua kaum.

“Bagi umat Islam, Perikatan Nasional akan membina sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam menuju keredaan Allah,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin berkata Perikatan Nasional menggarapkan perkara ini melalui 12 Tunjang dan 30 Pendekatan dengan 234 Tawaran di dalam manifestonya.

Beliau berkata Perikatan Nasional juga berikrar bahawa semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kewangan rakyat dan penjawat awam, akan dikekalkan dan ditambahbaik untuk semua lapisan masyarakat.

Secara ringkas beliau menjelaskan terdapat 50 Tawaran Utama Perikatan Nasional, antaranya memberi tumpuan kepada:

i) Ekonomi yang rancak termasuk melalui tabung khas galakan pelaburan RM5 bilion dan 1 juta peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

ii) Rakyat yang sejahtera termasuk mewujudkan one stop centre MyPrihatin untuk semua penyampaian bantuan rakyat, memperkenalkan Kad Prihatin Nasional untuk akses perkhidmatan kesihatan, menyediakan perkhidmatan bas dan pusat penjagaan percuma bagi kumpulan miskin dan miskin tegar, serta skim khas bagi pekerja gig, nelayan dan pekebun kecil.

iii) Tadbir urus yang kukuh termasuk dengan melarang sumbangan dana politik dari luar negara, memperkasa pelan antirasuah nasional dan sistem perundangan dan kehakiman syariah serta menubuhkan badan bertindak bencana alam dan perubahan iklim

iv) Pendidikan yang inklusif termasuk akses internet laju dalam bilik darjah dan bilik guru, dana khas bagi sekolah tahfiz dan agama rakyat serta RM2.5 bilion peruntukan penyelenggaraan sekolah.

v) Bumiputera, Orang Asli dan semua kaum yang sejahtera termasuk melalui pemerkasaan agenda pembangunan Bumiputera dan mempertahankan hak semua kaum serta pembangunan sosioekonomi Orang Asli dan golongan minoriti yang menyeluruh.

vi) Merapatkan jurang pembangunan Sabah dan Sarawak termasuk menyegerakan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 serta penubuhan universiti awam baharu di Sabah dan Sarawak

vii) Belia peneraju termasuk dengan melantik senator dalam kalangan belia dan beiawanis, diskaun 25% bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan kelas kedua atas dan skim perumahan mikro belia mampu sewa.

viii) Kumpulan rentan yang dilindungi termasuk menubuhkan Jabatan warga emas, dananita-wanita bangkit berniaga dan program latihan OKU lepasan sekolah.

ix) Generasi FELDA yang diperhebat termasuk menawarkan Wawasan Felda Baharu bagi menjamin masa hadapan generasi muda di kawasan rancangan FELDA.

Muhyiddin berkata sebagai bukti komitmen Perikatan Nasional terhadap pelakansaaan tawaran-tawaran ini, sebuah Jawatankuasa Khas yang dianggotai ahli pakar akan dibentuk bagi memantau segala pelaksanaan inisiatif dan program yang terkandung di dalam Tawaran PN BEST.

“Kami juga memberi jaminan bahawa semua inisiatif Bajet 2023, termasuk bantuan kepada rakyat dan penjawat awam akan dilaksanakan oleh Perikatan Nasional,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok