Cucu pejuang kemerdekaan negara, pengasas UMNO sokong PH, DAP?

November 23, 2022 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi – melalui surat yang tular kepada Yang di-Pertuan Agong seperti di dalam FB Tan Sri Annuar Musa – dikatakan membuat dakwaan bahawa semua 30 ahli Parlimen BN bersetuju menyokong Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh.

Bagaimanapun, kebenaran surat itu belum dapat dipastikan kerana kebanyakan ahli Parlimen (MP) BN masih berdiam diri – tidak menafikan atau mengiakan sama ada benar mereka menyokong PH dan Anwar.

PH dianggotai PKR, DAP, AMANAH dan UPKO.

Namun antara MP BN, khususnya daripada UMNO yang awal-awal lagi menentang kerjasama parti itu dan PH adalah Bendahari Agung BN Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini – UMNO walaupun kalah teruk dalam PRU-14 – Hishammuddin telah dilantik menjadi Menteri Luar merangkap Menteri Kanan Kluster Keselamatan dan Perpaduan.

Hishammuddin merupakan anak kepada Allahyarham Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ke-3 dan cucu kepada Allahyarham Datuk Onn Jaafar.

Untuk rekod, Allahyarham Datuk Onn adalah pejuang kemerdekaan Malaysia dan juga pengasas UMNO.

Allahyarham pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.

Memetik sejarah beliau dalam Wikipedia, Allahyarham adalah seorang wartawan pada 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada 1934, menjadi Pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga.

Artikel tulisan beliau sering mengkritik masyarakat Melayu dan mendesak agar perubahan dilakukan.

Salah seorang daripada anaknya ialah Allahyarham Tun Hussein Onn, yang juga bapa kepada Hishammuddin.

Ketika kemelut pelantikan PM Malaysia kesepuluh yang berlaku sekarang, Hishammuddin adalah antara pemimpin awal UMNO yang menolak kerjasama dengan PH yang majoritinya dikawal DAP.

Hishammuddin dalam kenyataan di FB beliau pada jam 11.21 pagi Isnin lalu berkata:

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini. No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.”

Namun, susulan surat yang didakwa dihantar Zahid kepada Yang di-Pertuan Agong mengatakan semua 30 ahli Parlimen BN menyokong PH, maka timbul satu persoalan.

Adakah ini bermakna Hishammuddin – cucu kepada seorang pejuang kemerdekaan negara dan pengasas UMNO – juga turut memberi persetujuannya?

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
12 minit lalu· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
45 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
55 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok