Cubit paha kanan paha kiri terasa, PKR marah TPM tegur Zahid

July 12, 2021 · Politik

PKR mempertahankan anak murid Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas teguran dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar semua pihak berhenti berpolitik semalam, ia walaupun kenyataan tersebut tidak merujuk kepada individu tertentu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution yang dikaitkan dalam satu gambar tular bertemu Presiden UMNO sebelum ini berkata Ismail Sabri sepatutnya mengkritik Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan sebaliknya kepada Zahid atau parti politik pembangkang, walhal diketahui umum sudah wujud perancangan untuk membentuk jajaran baharu UMNO bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.

“Pesan saya kepada TPM: halakan pesan anda kepada PM, rakan-rakan dalam PN (Perikatan Nasional) dan seangkatan,” kata Saifuddin yang marah dengan Ismail Sabri.

Nada kritikan Saifuddin itu seakan tidak berpuas hati apabila teguran tersebut dibuat terhadap Zahid yang sebelum ini didakwa beria-ria mahu Anwar menjadi PM, ia selepas tular klip audio perbualan mesra kedua-dua mereka.

Zahid pada 8 Julai lalu mengumumkan bahawa parti itu menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan menuntut Muhyiddin meletakkan jawatan serta-merta, gesaan sama sebelum ini dibuat Anwar bersama blok pembangkangnya.

UMNO memiliki 38 ahli parlimen tetapi sebilangan besar mereka tidak bersetuju dengan penyingkiran Muhyiddin dan Zahid kini sedang berdepan penentangan dalam partinya sendiri.

Senada dengan Zahid, Saifuddin juga mahu sidang Parlimen dibuka dengan segera kononnya bagi tujuan semak dan imbang, walhal difahamkan blok pembangkang sedang bekerjasama dengan Zahid bagi menolak usul yang akan dibentangkan di Parlimen nanti.

“Parlimen tutup. Tiada lagi semak imbang. Dalam tempoh ini kerajaan boleh buat undang-undang tanpa perlu parlimen. Kerajaan boleh berbelanja tanpa perlu parlimen,” katanya senada dengan Zahid sebelum ini.

Suhu politik negara kembali hangat susulan tindakan UMNO menerusi Presidennya, Zahid selepas Mesyuarat Tertinggi yang membuat keputusan yang dianggap cuba menjatuhkan kerajaan PN.

Zahid berterusan memberi tekanan terhadap kerajaan PN dan mahu meneruskan cita-cita jajaran baharu yang diwar-warkannya sebelum ini.

Zahid dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini yang terpalit dengan pakatan sulit dengan Ketua Pembangkang kini sedang merancang ke arah pembentukan jajaran baharu, ia termasuk kerjasama dengan DAP.

Tular juga sebelum ini surat sokongan kedua-dua mereka yang menyokong Anwar dan klip audio perbualan pakatan sulit Zahid bersama Anwar.

Berita berkaitan
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
PMX ulang gesaan supaya Dr M, Daim bawa balik kekayaan
May 7, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok