Cikgu seia sekata dengan Zahid isu lantik TPM Sabah, Sarawak

October 23, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut jejak anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat ‘tawaran’ jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) untuk Sabah dan Sarawak sebagai balasan atas sokongan mereka jika dipilih pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut Presiden PKR itu Pakatan Harapan (PH) akan mencadangkan pelantikan dua TPM sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15.

Bagaimanapun, tawaran cikgu Anwar lebih rendah berbanding Zahid yang menawarkan dua jawatan TPM bagi Sabah dan Sarawak serta satu di Semenanjung.

“Memang ada cadangan untuk kita melantik dua Timbalan Perdana Menteri jika kita menang, satu dari Semenanjung dan satu lagi dari Sabah dan Sarawak,” kata Anwar dipetik sebagai berkata oleh Malaysiadateline, hari ini (23 Oktober 2022).

Terdahulu, dalam satu majlis di Sabah hari ini, Zahid yang sebelum ini disebut-sebut bakal PM kesepuluh, membuat pengumuman akan melantik tiga TPM, jika Barisan Nasional (BN) menang besar.

Anwar berada di Kota Kinabalu, manakala anak muridnya itu berada di Kimanis, Sabah.

PH sebelum ini telah pun menamakan Anwar sebagai pilihannya untuk menjadi Perdana Menteri kesepuluh sekiranya gabungan itu memenangi PRU-15 nanti.

Manakala, UMNO pula menamakan Naib Presiden parti yang juga Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri kesepuluh.

Sepatutnya, Ismail Sabri lah yang membuat pengumuman akan melantik tiga TPM jika BN menang dan membentuk kerajaan majoriti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
8 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
41 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok