Cikgu mendepa tangan, anak murid tak mahu kerjasama kah?

October 13, 2022 · Politik

Anak murid Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mungkin boleh membawa UMNO bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) sekiranya sedia menolak rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Ini kerana Pengerusi PH itu berkata pakatan berkenaan sedia mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan parti-parti politik lain yang mempunyai nilai dan matlamat sama.

Anwar berkata gabungan itu tidak menutup pintu kepada gabungan selanjutnya, tetapi menjelaskan ia mesti berdasarkan pembaharuan dan memerangi rasuah.

“Kami (PH) komited untuk melaksanakan agenda reformasi, memerangi gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini.

“Sesiapa yang bersetuju dengan prinsip ini, boleh datang berbincang dengan kami. Ruang terbuka,” kata Anwar sambil mendepakan tangannnya, menurut MalayMail.

Sejak zaman Pemuda UMNO lagi Anwar dan Zahid sudah diketahui sangat rapat, malah Presiden UMNO itu dan Presiden PKR itu pernah berhubung telefon ketika Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia bergema dengan laungan “Tolak Anwar, Tolak DAP”.

Sebelum ini, satu klip audio suara Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) tular dimedia sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

Kemungkinan anak murid bekerjasama dengan cikgunya tidak boleh ditolak dalam keadaan UMNO sekarang berdepan kemarahan rakyat kerana mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang pada musim tengkujuh, hujan lebat dan banjir.

Sebelum ini pun, pada 6 Disember 2020, Zahid sendiri berkata partinya sedia bekerjasama dengan PH, termasuk DAP, untuk membentuk kerajaan baharu di Perak, untuk menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Zahid harus berfikir panjang sebelum memohon bekerjasama dengan cikgunya kerana antara syarat yang dikenakan ialah mesti menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dalam kenyataan hari ini, Anwar berkata cakap-cakap untuk bekerjasama menentang musuh bersama adalah dangkal, dan tidak akan membawa kepada pakatan yang berkekalan.

“Bersatu bunyinya bagus, tetapi berkumpul untuk apa? Ada yang mahu bersatu merompak seperti persatuan 40 penyamun dan sebagainya. Penyatuan hendaklah berdasarkan prinsip yang jelas.

“Pertama sekali, tadbir urus yang baik, kedua menolak rasuah, dan ketiga, tidak bersetuju dengan kaedah atau prinsip perkauman atau fahaman agama secara fanatik, yang menindas kehadiran orang lain. Jika anda bersetuju, sila… ini bukan monopoli mana-mana pihak,” tambahnya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu· Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
23 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
23 jam lalu· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Kehancuran total pun mungkin tak mampu insafkan UMNO: Mokhtar
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok