Cikgu lawan anak murid

October 22, 2022 · Politik

Penyandang kerusi P038 Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata dirinya sedia mempertahankan kerusi itu jika dicalonkan semula oleh Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), 19 November depan.

Beliau mengakui keputusan Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan ADUN Telemong Datuk Rozi Mamat bertanding kerusi Parlimen Hulu Terengganu memberi cabaran kepadanya.

Bagaimanapun Rosol berkata berdasarkan “mood” rakyat di kawasan itu ketika ini, beliau mampu mengekalkan kerusi itu kepada Bersatu dan Perikatan Nasional (PN).

“Mungkin ada saingan, tapi ADUN Telemong ini anak murid saya, saya pernah mengajar dia.

“Jadi, tiada masalah untuk saya pertahan Hulu Terengganu jika dicalonkan semula, malah anak muda sekarang ini sudah matang dalam politik. Jadi insya-Allah Hulu Terengganu kita dapat pertahankan kali ini melalui Bersatu dalam PN,” katanya menurut FMT.

Pada PRU-14 lalu, Rosol memenangi kerusi berkenaan atas tiket BN dengan majoriti 2,868 setelah memperoleh 30,925 undi mengalahkan dua calon lain Muhyidin Abdul Rashid daripada PAS (28,057 undi) dan Datuk Razali Idris PKR – 3,364 undi).

Sebelum ini, Rosol menjadi ADUN Ajil sejak tiga pilihan raya pada 1999, 2004 dan 2008, sebelum bertanding di Parlimen Hulu Terengganu pada 2018.

Mengulas lanjut, beliau berkata Bersatu Hulu Terengganu juga sedia menghadapi PRU-15 dan kerjasama dengan PAS cukup baik, termasuk dalam melakukan gerak kerja bagi memastikan kemenangan.

Semua calon PN di Terengganu akan menggunakan logo PAS pada pilihan raya 19 November depan.

Dalam perkembangan lain, Rosol berkata, Bersatu Terengganu menyasarkan dua kerusi Parlimen dan 10 DUN yang dimenangi UMNO pada pilihan raya lalu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
11 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
11 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
11 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
11 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok