Cikgu kata Zahid jadi PM, anak murid kata Ismail Sabri PM

October 16, 2022 · Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri (PM) jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap pada ceramah di Tapah, Perak malam tadi, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu tidak menyokong dakwaannya dengan fakta, tetapi berkata adalah terbukti bahawa BN mahukan pilihan raya awal tahun ini supaya ia boleh kembali berkuasa.

“Kalau BN menang, Zahid jadi PM. Kalau Perikatan (Nasional) menang, jadilah (Tan Sri) Muyiddin (Yassin),” katanya menurut laporan Vibes.

“Kalau Pakatan Harapan (PH) menang, saya-lah.”

Anwar dan Zahid adalah rakan rapat sejak kedua-duanya berada di dalam UMNO sebelum ini.

Malah, sebelum ini, satu klip audio suara Anwar dan Zahid sedang berbincang strategi politik semasa Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU) tular dimedia sosial.

Perbualan antara Presiden PKR dengan Presiden UMNO itu sangat mesra dengan kedua-dua mereka saling bertukar-tukar pandangan berhubung ucapan para perwakilan UMNO semasa PAU berlangsung.

UMNO sebelum ini menamakan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang kini menjadi PM sementara, sebagai calon PM jika berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-15 nanti.

Malah hari ini, Zahid berkata dakwaan bahawa beliau akan dilantik sebagai PM sekiranya UMNO dan BN memenangi PRU-15 merupakan usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan parti.

Beliau juga menjelaskan, parti itu mengekalkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) pada April lalu yang menamakan Ismail Sabri sebagai calon PM.

Sebelum membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu, Ismail Sabri telah berdepan tekanan daripada MT UMNO, terutama Zahid untuk mengadakan PRU-15 tahun ini.

Zahid yang mempunyai dua kes rasuah yang belum selesai di mahkamah, paling lantang menuntut PRU awal, manakala parti pembangkang, malah parti-parti lain dalam kerajaan, tidak bersetuju – memetik risiko banjir yang berlaku setiau hujung tahun.

UMNO terpaksa menafikan bahawa Zahid akan menjadi PM dan bukannya Ismail Sabri, selepas mesej tular tersebar bulan lalu setelah dia dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan kontrak sebuah syarikat yang mengendalikan sistem visa asing.

Pihak pendakwaan bagaimanapun, telah memfailkan rayuan.

Satu lagi perbicaraan rasuah Zahid yang sedang berlangsung melibatkan 47 pertuduhan pengubahan wang haram, pecah amanah jenayah, dan rasuah melibatkan dana daripada Yayasan Akalbudi.

Pengkritik UMNO seperti ahli politik veteran pembangkang Lim Kit Siang telah menuduh Zahid mahu pilihan raya awal memperjudikan kembalinya BN sebagai jalan keluar daripada perbicaraan rasuahnya dan tokoh UMNO yang lain.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
8 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
9 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
2 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
3 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
5 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
6 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok