Cikgu Ali salahkan sabotaj ahli UMNO sendiri punca beliau kalah

November 22, 2021 · Politik

Tiga hari sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung pada Sabtu lalu, UMNO Bahagian Tangga Batu begitu gembira menyambut dan meraikan 95 ahli Bersatu yang berpaling tadah dan memohon menyertai parti itu.

Pada majlis besar-besaran yang diadakan sempena kempen PRN itu serta mendapat liputan meluas di media massa pada 17 November lalu, ahli Bersatu terbabit menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Ini menjadikan UMNO bahagian itu, khususnya Mohamad Ali yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, bertambah yakin akan mencapai kemenangan, apatah lagi kawasan berkenaan adalah kubu kuat UMNO.

Namun, apabila keputusan PRN bagi kawasan itu diumumkan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka itu kalah kepada calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Aleef Yusof dengan majoriti 530 undi. Beliau memperoleh 6,259 undi manakala Dr Mohd Aleef mendapat 6,789 undi.

Lantas, hari ini, Mohamad Ali yang mesra dengan panggilan ‘Cikgu Ali’ menyalahkan ahli partinya sendiri di atas kekalahan beliau dengan mendakwa telah disabotaj.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata ada ahli UMNO bahagian itu yang mensabotaj parti dalam PRN Melaka, semata-mata tidak puas hati terhadap keputusan dibuat UMNO.

“Saya telah menerima beberapa laporan bahawa ada ahli UMNO melakukan perkara tidak baik kepada parti sepanjang PRN Melaka diadakan.

“Antaranya ialah ada Ahli UMNO yang sanggup tidak keluar membantu calon UMNO dalam Barisan Nasional, mereka lebih memilih untuk membantu pihak lawan dan bersama atas dasar ‘kononnya’ kawan, tetapi ia tetap melanggar prinsip parti,” katanya.

Mohamad Ali turut menyindir ahli UMNO yang sebelum ini hanya berdiam diri dan tidak keluar membantu, malah ada yang sanggup meninggalkan parti itu.

“Setelah UMNO berkuasa semula barulah “mereka” ini hendak tunjuk muka dan dan berjuang, malah ada yang cuba mengenepikan sahabat seperjuangan yang kekal setia bersama UMNO dalam susah dan senang. Ini satu sikap yang tidak baik,” katanya.

Sehubungan itu katanya, beliau dan Jawatankuasa UMNO Bahagian Tangga Batu akan melakukan pembersihan dan menyingkir ahli yang mengkhianati dan menjadi pembelot dalam bahagian itu.

“Ia perlu dilakukan demi menguatkan lagi UMNO Bahagian Tangga Batu agar tiada lagi musuh dalam selimut.

“Saya akan meminta semua Ketua Cawangan untuk menghantar laporan dan bukti dalam mengenal pasti mana-mana ahli yang telah menjadi pengkhianat, pembelot dan tidak setia serta sanggup sabotaj PRN Melaka sebelum ini,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok