Chegubard saman MB Selangor, dakwa berbohong dalam isu skandal tanah

August 9, 2023 · Politik

Datuk Seri Amirudin Shari didakwa berbohong dalam skandal tanah di Selangor, kata aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard

Chegubard yang membuat pendedahan berhubung skandal tersebut berkata Menteri Besar Selangor itu membuat penjelasan tidak benar mengenai status tanah yang terlibat dalam projek Selangor Maritime Gateway (SMG) yang bernilai RM10 bilion.

Amirudin sebelum ini berkata dana dan hutang syarikat ditanggung sepenuhnya pihak Berjaya Land yang terbabit dengan projek itu namun menurut perjanjian antara syarikat-syarikat terbabit dengan SMG tetapi Chegubard mendedahkan kenyataan tersebut tidak benar.

“Mengikut perenggan 4.1 dan 4.2(A), semua pinjaman yang diambil oleh LLBSB adalah menjadi 45% tanggungan kepada kerajaan negeri.

“Kalau syarikat ini rugi, rakyat Selangor menanggung hutang yang telah diikat dan dipindah janji melalui perenggan 5.1(D) dan 6.3,” katanya pada satu sidang media hari ini.

Badrul yang juga ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu turut menafikan kenyataan Amirudin berhubung status tanah seluas 600 ekar yang dikatakan oleh penyandang menteri besar itu sebagai milik kerajaan negeri.

“Sama ada beliau keliru, tak pandai undang-undang atau sengaja menipu. Mengikut perenggan 6.4, Landasan Lumayan Sdn Bhd kepada Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB), semua tanah diserahkan kepada LLSB tertera kepada perenggan 7.6 dan 8.4.”

Perjanjian itu menurut Badrul mempunyai tandatangan Tan Sri Vincent Tan dan Syed Ali Shahul Hameed, ketua pegawai eksekutif Berjaya Group yang menunjukkan syarikat berkenaan mengawal sepenuhnya projek berkenaan.

Ini sekali gus menafikan dakwaan Amirudin bahawa projek tersebut dikawal oleh kerajaan negeri.

LLSB juga mendapat lesen dan permit mengeluarkan batuan dan pasir di kawasan Sungai Klang yang terbabit dengan SMG.

Amirudin dan Tan mengambil tindakan saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataan beliau mengenai projek itu.

Dalam pada itu, Badrul berkata dia akan menghantar surat tuntutan kepada Amirudin.

Amirudin dalam sidang akhbar semalam mendakwa Badrul “boleh dibeli” dan “tiada kredibiliti”.

“Maka atas penyelewengan fakta ke atas saya, selewat-lewatnya petang ini dan esok pagi, saya akan memulakan tindakan saman ke atas penyandang menteri besar Selangor.

“Dia harus menarik semula fitnah, kedua minta maaf atau bertemu saya di mahkamah,” katanya.

Berita berkaitan
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
16 jam lalu· Politik
Stadium Shah Alam diroboh selewat-lewatnya pada November: Amirudin
September 30, 2023· Isu semasa
Anggota pukul wanita dalam video tular sedang disiasat polis
September 25, 2023· Isu semasa
Bekas ADUN DAP dilantik Speaker Selangor, tuntutan kepada UMNO ditunai
September 19, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
4 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
16 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
23 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok