Calon profesional, muda jadi taruhan PN di Hulu Bernam

August 1, 2023 · Politik

Calon profesional dan muda menjadi taruhan Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Bernam pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Mui’zzuddeen Mahyuddin, 35 atau lebih dikenali dengan panggilan Muiz merupakan seorang jurutera automotif yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mdkanikal dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Calon PN ini juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Hulu Selangor.

“Moga dengan nikmat ilmu, kepakaran dan kesihatan yang dipinjam buat saya dan sahabat-sahabat lain oleh ALLAH SWT, dapat memberi sinar baharu bagi DUN yang kami tandingi mewakili PN Selangor,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam PRN kali ini, Muiz akan berdepan dengan calon PH dari Amanah, Mohd Amran Mohd Sakir.

Sebelum ini, kerusi itu disandang Barisan Nasional (BN) selama dua penggal sebelum ia kini diserahkan kepada Amanah.

Pada PRU-14 lalu, penyandangnya, Datuk Rosni Sohar menewaskan calon PKR, Amran Sakir dan calon PAS, Salleh Ri dengan majoriti 20 undi.

Berita berkaitan
PN boleh menang 33 kerusi di Selangor : Noh
August 6, 2023· Politik
PRN Selangor: Polis terima 65 laporan
August 5, 2023· Politik
PRN: Kekangan kewangan, calon PN guna duit sendiri
July 31, 2023· Politik
Azmin perlu menang PRN Selangor : Zaid Ibrahim
July 30, 2023· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
3 jam lalu · Politik
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok