Calon PN Kedah muda, comel daripada Dr Mahathir: Sanusi

October 13, 2022 · Politik

Perikatan Nasional Kedah telah menyelesaikan pembahagian kerusi calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) peringkat Parlimen, kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, hari ini (13 Oktober 2022).

Menurut Pengerusi PN Kedah itu semua senarai calon, termasuk orang muda, akan dihantar kepada PN Pusat Ahad ini untuk diteliti.

“Semua (calon) negeri di Malaysia ini akan serahkan kepada PN Pusat pada 16 Oktober ini. Calon semua kacak, comel dan muda, muda daripada Tun Dr Mahathir Mohamad, ” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas pembahagian jumlah kerusi antara parti dalam PN negeri itu, menurut BH.

PAS kini menguasai 15 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengetuai kerajaan PN di Kedah bersama Bersatu yang mempunyai enam kerusi, manakala UMNO hanya menang dua kerusi pada PRU-14.

Pakatan Harapan (PH) pula mempunyai 13 kerusi DUN, masing-masing lima milik PKR, diikuti empat disandang Parti Amanah Negara (AMANAH), serta masing-masing dua milik DAP dan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG).

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar juga berkata pihaknya akur dengan keputusan PAS Pusat untuk tidak membubarkan DUN di negeri yang ditadbir parti itu termasuk Kedah.

Beliau berkata, pihaknya hanya mengikut semua keputusan yang di buat oleh PAS Pusat melalui mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan di ibu negara hari ini.

“Bubar tak bubar kita bergantung kepada PAS Pusat… jika mereka kata tidak bubar, maka kita akur dengan keputusan itu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Kompleks Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), hari ini.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hari ini antara lain membuat keputusan mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Muhammad Sanusi juga memaklumkan akan melantik wakil rakyat baharu bagi menggantikan tempat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dikosongkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob.

Beliau berkata pihaknya sudah menerima surat peletakan jawatan Suraya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air, dan Tenaga negeri, hari ini.

“Suraya sudah serahkan fail berkaitan portfolionya dan kita rancang untuk penggantian Exco baharu,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
32 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Terima kasih atas tawaran tapi PN ada maruah sedia jadi pembangkang: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
1 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok