Calon PN jangan tidur! Pesan Muhyiddin

November 2, 2022 · Politik

Kesemua calon Perikatan Nasional (PN) yang dicalonkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) diingatkan agar tidak leka dan terus bekerja bagi memastikan negara tidak jatuh ke tangan puak yang tidak amanah.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kesemua calon perlu memikul amanah menguruskan nasib rakyat sebagai satu jihad.

“Alhamdulillah Majlis Pengumuman Calon Parti Perikatan Nasional (PN) PRU-15 malam tadi berjalan dengan lancar.

“Saya menyeru kepada semua calon PN, ayuh bangkit! Pikullah amanah menguruskan nasib rakyat sebagai satu jihad.

“Jangan tidur atau leka, sebaliknya sampaikan risalah perjuangan parti kita ke seluruh pelosok negara, bagi mencapai wawasan kita untuk mewujudkan Kerajaan Perikatan Nasional yang berintegriti, prihatin, bersih dan stabil (#PNBEST).

“Kita tidak rela melihat negara ini jatuh ke tangan puak-puak tidak amanah, yang akan melakukan kemungkaran dan kerosakan kepada negara tercinta ini,” katanya melalui catatan di Facebook, hari ini.

Malam tadi, PN mengumumkan senarai calon bagi kesemua kerusi yang bakal ditandingi bersama rakan-rakan gabungannya pada PRU-15, 19 November ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata, pemilihan calon PN dibuat dengan teliti bagi memastikan nama yang disenaraikan itu bersih.

“Seperti yang pernah saya sebutkan sebelum ini, kriteria pemilihan calon PN telah dibuat dengan teliti merangkumi pelbagai latar belakang termasuk golongan profesional.

“Namun, yang lebih penting adalah calon-calon kita bersih daripada isu integriti, disenangi dan boleh berkhidmat kepada masyarakat,” katanya yang merupakan calon bagi Parlimen Pagoh.

Beliau sempat melahirkan rasa syukur atas sokongan diterima pemimpin dan jentera PN terhadap pencalonan yang diumumkan.

“Saya bersyukur dengan sokongan padu daripada pemimpin serta seluruh anggota dan jentera PN baik Bersatu, PAS, Gerakan mahupun parti-parti bersekutu kerana telah menyambut pengumuman calon-calon kita dengan berlapang dada dalam suasana harmoni

“Kepada seluruh jentera parti, marilah bersama-sama berganding bahu dengan satu tekad untuk memastikan kemenangan kita dalam PRU-15 pada 19 November ini ,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok