Calon PN DUN Larkin guna pengalaman wartawan untuk tabur bakti

February 26, 2022 · Politik

Menggunakan pengalaman sebagai wartawan, calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Zulkifli Bujang, yakin mampu menabur bakti terbaik kepada penduduk kawasan ditandinginya.

Beliau yang telah berkhidmat sebagai setiausaha akhbar di beberapa kementerian sejak 2015 itu berkata, penglibatan dalam sektor berkenaan di samping pengalaman bekerja sebagai pengamal media sejak 1996 telah memberikan pendedahan terhadap selok-belok dalam pentadbiran negara.

Zulkifli pernah bertugas di beberapa organisasi media negara antaranya Bernama TV, RTM dan beberapa lagi media swasta.

Zulkifli, 44, yang juga Pengerusi Biro Kebajikan Perikatan Nasional (PN) Parlimen Johor Bahru berkata, beliau turut percaya bahawa penduduk di kawasan tersebut mempunyai harapan tinggi terhadap pemimpin yang dipilih untuk mewakili mereka.

“Sewaktu dalam media ini banyak kita belajar dan saya lihat banyak perkara atau lihat selok-belok jatuh bangun politik dan sebagainya.

“Jadi dari situ saya kutip segala pengalaman dan pengetahuan,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Kerusi DUN Larkin yang sebelum ini disandang oleh Mohd Izhar Ahmad daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan majoriti 8,590 undi merupakan antara kerusi panas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini dengan ia bakal menyaksikan pertembungan lima penjuru.

Antara calon parti telah diumumkan ialah Dr Zamil Najwah Arbain daripada PKR, Hairi Md Shah yang juga Ketua Pemuda UMNO Johor (UMNO), Rasid Abu Bakar (Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)) dan Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang)).

Dalam pada itu, Zulkifli yang merupakan anak kelahiran Johor itu berkata, isu keperluan anak muda di kawasan tersebut merupakan antara perkara akan diberi perhatian untuk ditangani di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau yang juga memiliki sarjana dalam bidang komunikasi dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, aspek keperluan kesihatan dan kesejahteraan hidup bagi kumpulan penduduk berusia antara 30 hingga 40 tahun juga akan diperincikan untuk diberikan perhatian.

“Kalau kita mengambil iktibar daripada pembangunan bola sepak di Johor contohnya, kadang-kadang kita perlu berfikir di luar kotak ataupun kita perlu lakukan sesuatu yang bukan kebiasaan.

“Begitu juga kalau kita nak beri peluang pekerjaan contohnya atau nak melihat apa keperluan orang muda di Larkin. Jadi kita perlu melakukan sesuatu yang memiliki kapasiti atau spektrum yang besar.

“Jadinya, saya rasa itulah pendekatan yang kita perlu buat untuk golongan muda di Larkin. Kita perlu melakukan sesuatu yang drastik untuk kita capai satu tanda aras lebih baik,” ujarnya yang juga tidak pernah menyertai mana-mana parti di dalam negara sebelum ini.

Pada masa sama, beliau berkata, selari dengan dasar PN, beliau mahu memberikan tawaran politik baharu yang lebih inklusif dan berintegriti tanpa mengira kaum kepada penduduk di DUN tersebut.

“Dalam tawaran baharu yang kita bawa ialah semua anggota parti kita diwajibkan atau dimahukan untuk angkat sumpah integriti.

“Kita kena pastikan semua yang berada dalam parti ini adalah yang terbaik,” ujarnya yang juga sudah berkeluarga dan memiliki seorang cahaya mata.

Berita berkaitan
Tiada keputusan dicapai dalam pertemuan Hadi dan Zahid, kata Muhyiddin
September 27, 2022· Politik
Hadi dan Muhyiddin bertemu dua jam bincang perkukuh PN
September 27, 2022· Politik
Sekarang bukan masa sesuai adakan PRU-15, fokus banjir: Muhyiddin
September 24, 2022· Politik
PAS serah kepada PM isytihar tarikh PRU-15: Tuan Ibrahim
September 24, 2022· Politik
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
6 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
9 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
10 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
13 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok