Calon PN angkat sumpah tolak rasuah, salah guna kuasa: Muhyiddin

February 26, 2022 · Politik

Semua calon Perikatan Nasional (PN) mengangkat sumpah dan menandatangani aku janji menolak segala perbuatan rasuah dan salah guna kuasa, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu berkata, mereka juga berikrar memikul tanggungjawab serta amanah bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang bersih.

“Alhamdulillah, saya merasa gembira dan bersyukur ke hadrat Allah SWT apabila kesemua 56 calon mewakili Perikatan Nasional diterima untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri Johor 12 Mac depan selepas proses penamaan calon berakhir.

“Saya juga bersyukur apabila dimaklumkan proses penamaan calon di seluruh negeri pagi tadi berjalan lancar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, seperti yang pernah ditegaskannya, mereka yang dipilih mewakili PN adalah calon yang berkelayakan, berkelulusan, berpengalaman, berakhlak dan berhemah tinggi serta memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjadi seorang wakil rakyat.

Katanya, setiap calon terpilih telah menjalani dan melepasi proses tapisan yang ketat bagi memastikan mereka bersih daripada sebarang salah laku, bebas daripada kes mahkamah seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

“Kesemua calon akan menandatangani aku janji dan mengangkat sumpah menolak segala perbuatan rasuah, salah guna kuasa dan berikrar memikul tanggungjawab serta amanah bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang bersih.

“Dengan keazaman yang tinggi untuk berkhidmat kepada bangsa Johor, saya percaya pasukan Perikatan Nasional mampu merencana dan memacu pembangunan negeri ini menjadi sebuah negeri yang maju, yang mana kemakmurannya dapat dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat tanpa ada seorang pun yang tertinggal atau terpinggir,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menyeru seluruh bangsa Johor agar dapat menyokong dan mengundi calon PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.

“Inilah peluang keemasan bagi bangsa Johor untuk menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang bersih, berintegriti, bertanggungjawab dan prihatin rakyat,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
10 jam lalu· Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023· Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
UMNO tak tolak letak calon di Kemaman, tak beri PH laluan: Zahid
October 3, 2023
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
October 3, 2023
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
October 3, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai penting sebagai isyarat jelas kepada kerajaan gagal: Muhyiddin
10 jam lalu · Politik
Zahid sebelum ini kata ada rombakan Kabinet, tapi PM pula kata belum ada keputusan
10 jam lalu · Politik
Anwar perlu gugurkan Menteri Kewangan dalam rombakan Kabinet, gesa MCA
10 jam lalu · Politik
Menteri Agama sudah jumpa MP DAP tafsir al-Quran, beri nasihat
19 jam lalu · Politik
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar kena tenang tak perlu agresif, Pelangai tetap pilih PN
5 jam lalu
[VIDEO] Malaysia macam negara miskin sejak Anwar Ibrahim jadi PM
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok