Calon PM sibuk berpolitik, negeri ditadbir PKR catat kes Covid tinggi

May 3, 2021 · Politik

Keghairahan berpolitik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi punca kepada negeri yang ditadbir oleh parti yang diketuainya mencatatkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi hampir setiap hari.

Selangor yang dipimpin Menteri Besar daripada PKR, Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad sekali lagi mencatatkan kes tertinggi sebanyak 1,200 kes dan angka tersebut dijangka tidak akan berkurangan malahan tidak ada sebarang langkah segera diumumkan oleh kerajaan negeri tersebut untuk menangani penularan wabak membunuh itu.

Kelemahan Anwar yang disebut-sebut calon perdana menteri (PM) blok pembangkang juga terserlah dalam mengendalikan krisis yang dialami di Selangor ketika ini.

Malah, Amirudin juga gagal memainkan peranannya sebagai ketua kerajaan negeri, selepas beberapa hari angka kes meningkat kemudiaan baharu beliau mengadakan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negara bagi Negeri Selangor untuk membincangkan langkah yang perlu dilaksanakan untuk membendung penularan.

Hasil daripada mesyuarat tersebut, Amirudin juga gagal dalam memberikan penjelasan dan penerangan berhubung langkah yang akan diambil kerajaan negeri untuk mengatasi peningkatan kes, langkah yang diambil sekadar mengumumkan pembukaan pusat vaksin Covid-19 dibuka di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.

Langkah itu diambil bertujuan untuk mempercepatkan urusan suntikan imunisasi, tidak ada langkah proaktif lain yang diumumkan oleh budak Anwar itu untuk mengurangkan kegusaran orang ramai ekoran peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.

Langkah vaksin bukan jalan mudah untuk mengurangkan kes di Selangor atau pun di negeri-negeri lain yang sedang berdepan krisis, disiplin dan pematuhan undang-undang dan Prosedur Operasi Standard (SOP) adalah perkara paling mustahak dalam membendung penularan virus ini.

Banyak laporan yang diterima pelanggaran SOP berleluasan di negeri Selangor, sama ada di bazar-bazar Ramadan mahu pun di tempat kerja atau di gedung-gedung membeli-belah besar yang terdapat di negeri itu, ia menjadi penyumbang utama kepada peningkatan kes.

Bagaimanapun, Menteri Besar tidak langsung menyentuh berhubung penguatkuasaan yang lemah berlaku di negeri ditadbirnya, perkara yang dibangkitkan hanya mengenai vaksin.

Beliau perlu sedar, vaksin yang diterima negara belum cukup menampung semua rakyat, malahan negara pengeluar vaksin utama iaitu India kini juga sedang bergelut dengan peningkatan kes Covid-19 yang memecah rekod hampir sabann hari.

Yang berlaku di India adalah berpunca daripada ingkar SOP dikalangan rakyatnya sendiri apabila terlalu mempercayai vaksin yang mereka peroleh akan memberi mereka kekebalan daripada virus merbahaya itu.

Cerita lain pun dengan bos Amirudin, Anwar nampaknya lebih sibuk berpolitik mengadakan program bersama-sama jentera parti dibimbingnya dan setiap hari kerjanya adalah mengkritik kerajaan pusat walhal kerajaan negeri yang ditadbir oleh wakil PKR sendiri pun huru-hara dalam menguruskan pandemik.

Belum cukup dengan program politik yang dikongsi dalam Facebook miliknya, Anwar juga tidak berhenti daripada mendesak supaya Sidang Parlimen dibuka hanya semata-mata untuk tujuan menunjukkan dirinya sebagai calon PM yang mempunyai sokongan dalam Dewan Rakyat nanti.

Mujur Anwar tidak bersama-sama pergi ke Istana Negara dengan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, itu pun disebabkan oleh Anwar selaku calon PM tidak mahu lagi dikaitkan dengan bekas perdana menteri yang dilihat sebagai dalang yang menghalangnya daripada menjadi PM.

Dalam keghairahan calon PM ke sana ke sini mahu mendapatkan sokongan, lebih baik lah sekiranya beliau berjiwa besar dan membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dalam memulihkan keadaan Covid-19 dan menyumbangkan idea ke arah memulihkan ekonomi negara.

Cukup-cukup lah setiap hari menelefon Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan memberikan tunjuk ajar untuk membangkang kerajaan, sudah sampai masanya calon PM ini menunjukkan bakatnya untuk mentadbir kerajaan dengan cara berhemah dan bukan semata-mata beremosi tidak dapat menjadi PM.

Suatu masa Anwar akan tiba di Putrajaya, bukan kah beliau calon PM boleh menang?

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Barang bernilai rendah diimport kena cukai jualan 10 peratus mulai 1 Jan 2024
December 16, 2023· Isu semasa
Johari Ghani dilantik Menteri Perladangan dan Komoditi
December 12, 2023· Isu semasa
Rombakan Kabinet: Jumlah Menteri bertambah jadi 31, ada wakil DAP di MOF
December 12, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok