Calon PM Malaysia mesti kuat, bukan ‘boneka’, kata Ku Li

November 15, 2022 · Politik

Malaysia memerlukan calon Perdana Menteri yang kuat dan bukan ‘boneka’ yang lemah, selain mudah tunduk kepada tekanan pihak lain, kata veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, rakyat perlu memilih parti yang menampilkan calon berkebolehan untuk bekerja selepas diberi mandat menjadi pemimpin dalam memulihkan semua negara selepas serangan Covid-19.

“Calon PM perlu memiliki kekuatannya tersendiri dan bukan seorang boneka yang begitu lemah, tidak memiliki kekuatan jati diri dan mudah tunduk kepada tekanan.

“Jadi, kita nak kepada orang bukan nak isi jawatan tetapi mestilah berkelayakan dan boleh bekerja. Kena kerja, kalaulah kerja satu hari 12 jam, jadi sekarang kita nak orang yang bekerja 20 jam,” katanya menurut Utusan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), di Balai Rakyat Bukit Cekati di sini, hari ini.

Tengku Razaleih yang juga calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang berkata, untuk menubuhkan sebuah kerajaan cekap dan stabil, pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih calon terbaik.

“Apa guna kita dipilih sebagai wakil rakyat, kalau kita tak boleh baiki semua ini (keadaan ekonomi)? Jadi kalau kita nak pilih, pilihlah orang yang boleh buat kerja dan boleh menyumbang kepada membaiki keadaan hidup rakyat,” katanya.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, untuk menubuhkan sebuah kerajaan cekap dan stabil, pengundi perlu membuat pilihan bijak dengan memilih calon terbaik.

Bagi PRU-15 ini Perikatan Nasional mencalonkan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN).

Sebelum ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berulang kali menyebut calon perdana menteri daripada BN adalah naib presidennya, Ismail Sabri.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) dalam kempen politiknya mendakwa Ismail Sabri bukan calon sebenar, bahkan jawatan itu turut diintai Zahid.

Menamakan seorang naib presiden dalam tradisi UMNO sebagai perdana menteri tidak pernah dilakukan sebelum ini kerana jawatan itu sentiasa diisi Presiden UMNO selaku Pengerusi BN, ketika gabungan itu memerintah kerajaan.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berkata:

“Ini adalah kerana kuasa sebenar tetap berada di tangan Zahid selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Maka keputusan tarikh PRU-15 diputuskan mengikut kepentingan parti dan peribadi Zahid.

“Maka episod ini mendedahkan kedudukan sebenar Ismail Sabri, iaitu seorang Perdana Menteri patung atau boneka yang bergerak dan bersuara di atas perintah dan keputusan yang dibuat oleh UMNO pimpinan Zahid,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tak cukup kerusi, PH dan DAP akan bentuk kerajaan negeri Pahang dengan BN
55 minit lalu· Politik
Setpol Ismail Sabri dikaitkan dalam rakaman audio jatuhkan Najib buat laporan polis
November 25, 2022· Politik
Apa berlaku dalam mesyuarat MT, dua ahli beri gambaran UMNO khianat Melayu
November 25, 2022· Politik
Perikatan Nasional kekal jadi semak dan imbang kepada kerajaan: Muhyiddin
November 25, 2022· Politik
Popular
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
November 26, 2022
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
November 26, 2022
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
November 26, 2022
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
November 26, 2022
Lagi Politik terkini
Strategi dahulukan bajet mini 2023: Anwar takut bawa usul keabsahan
2 jam lalu · Politik
Jumpa PAS pengkhianat, jumpa PH hero… semua dah gila: Ismail Sabri
3 jam lalu · Politik
Setelah bekerjasama peringkat Pusat, PH minta lagi kerusi JTPD di Johor
5 jam lalu · Politik
Si Kitol, Raja Mendeliar sembunyi di Menara Dato Onn, Jebat tak datang
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin sebak sokongan rakyat, api perjuangan masih menyala
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
21 jam lalu
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok