Calon PM ‘kitar semula’ pembangkang dakwa Kabinet baharu ‘kitar semula’

August 27, 2021 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga calon Perdana Menteri (PM) ‘kitar semula’ blok pembangkang mendakwa barisan Kabinet diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah ‘kitar semula’ muka lama dalam pentadbiran sebelum ini.

Untuk rekod, Ketua Pembangkang itu merupakan calon PM yang diketengahkan pembangkang sejak sekian lamanya, mujurlah Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan sebagai PM semasa Pilihan Raya Umum Ke=14 lalu yang menyaksikan pembangkang buat kali pertama dalam sejarah berjaya menawan Putrajaya.

“Tetapi, langkah yang diambil (oleh Ismail Sabri) hanya dikitar semula menteri-menteri yang tidak menunjukkan keupayaan, menangani masalah ini secara berkesan,” katanya dipetik dalam Facebook hari ini.

Untuk rekod, Anwar gagal menjadi PM ke-9 selepas kalah majoriti dengan Ismail Sabri yang dilantik PM baharu pada Sabtu lalu.

Anwar begitu yakin dapat menjadi PM selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur selepas merancang komplot bersama anak muridnya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid bersama 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO lain menarik sokongan terhadap kerajaan dipimpin Muhyiddin yang akhirnya meletak jawatan, namun Anwar gagal memiliki majoriti yang diperlukan untuk menjadikannya PM baharu.

Hari ini, Ismail Sabri mengumumkan barisan Kabinetnya kerajaannya dengan mengekalkan jumlah 31 kementerian merangkumi 31 Menteri dan 38 Timbalan Menteri dengan keseluruhan berjumlah 70 orang termasuk Perdana Menteri.

Selain itu, terdapat kementerian masih kekal mempunyai dua Timbalan Menteri antaranya Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, barisan Kabinet itu dipilih daripada kombinasi mereka yang berpengalaman, diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi dengan menyokong usahawan, memudah cara perniagaan dan merancakkan semula aktiviti ekonomi serta meningkatkan keyakinan pelabur.

Berita berkaitan
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
10 jam lalu· Politik
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
17 jam lalu· Isu semasa
PAC lawat tapak bina LCS esok
17 jam lalu· Isu semasa
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
6 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
9 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
12 jam lalu · Politik
Tiada masalah DAP beri jawatan Exco kepada UMNO jika menang PRN, kata KM Pulau Pinang
13 jam lalu · Politik
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
15 jam lalu
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok