Calon PKR Parlimen Gombak hanya ‘proksi perang’, kata Azmin Ali

October 30, 2022 · Politik

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan calon PKR yang diletakkan di kawasan Parlimen Gombak dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini, hanyalah ‘proxy war’.

‘Perang proksi’ adalah pertempuran yang dicetuskan oleh kuasa besar atau nama besar yang tidak terlibat, tetapi menggunakan pihak lain untuk berada di hadapan mewakili mereka.

Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu turut mempersoalkan mengapa beberapa nama besar yang sebelum ini disebut-sebut mengintai kerusi Parlimen Gombak pada PRU-15, akhirnya tidak bertanding di kawasan itu.

Azmin yang juga penyandang kerusi Parlimen Gombak berkata, beliau terbuka menerima sesiapa saja bertanding atas faktor demokrasi.

“Saya sendiri tidak faham kenapa ramai berminat bertanding di Gombak hingga ada nama-nama besar mengintai untuk memecah perpaduan rakyat di sini.

“Sesiapa saja boleh datang, nak hantar anak, isteri tetapi pada akhirnya dia bertanding di Perak.

“Apabila tahu siapa calon (pengumuman PKR malam tadi), dia itu tidaklah sebesar mana, masuk ke Gombak kerana dipaksa jadi ‘proksi war’,” katanya tanpa menyebut siapa yang beliau maksudkan tetapi ianya sudah difahami semua.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Jentera PN Parlimen Gombak di Padang Taman Pinggiran Batu Caves, malam tadi (29 Oktober 2022),

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi; Yang Dipertua PAS Gombak, Salehuddin Nasir dan Setiausaha Badan Perhubungan PN Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, hadis sama.

Semalam, PKR mengumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Aminudin Shari akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak.

Azmin turut menyatakan beliau tidak peduli dituduh pengkhianat, sebaliknya kata beliau dua ‘langkah’ lain iaitu ‘Langkah Kajang’ dan Langkah Port Dickson’ adalah pengkhianatan sebenar terhadap rakyat.

Beliau menegaskan bahawa pengundi Gombak tidak lupa tarikh keramat 19 November iaitu hari pengundian PRU-15.

“Tarikh itu sangat penting kerana rakyat berada di persimpangan jalan menentukan kerajaan baharu, membuat keputusan besar yang membentuk kerajaan.

“Ia bukan saja pilih pemimpin, tetapi kita mahu memilih kepemimpinan. Rakyat tidak boleh lagi ditipu Barisan Nasional (BN) yang memimpin negara lebih enam dekad dan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan,” katanya.

Beliau berkata, sekiranya rakyat mahu menguji pemimpin adalah pada waktu ketika berlaku krisis.

“Sebab itu kami di PN menolak PRU15 diadakan kerana paling utama negara sedang dalam pemulihan.

“Namun, disebabkan ketamakan politik, rakyat terpaksa memilih dan perlukah memilih kerajaan yang tergesa-gesa, perlu pandangan orang lain untuk membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau menyatakan boleh mengemukakan bukti bertulis bagaimana kerajaan pimpinan PH menghentikan peruntukan kepada Unit Peneraju Agenda Bumiputera (PENERAJU) sebanyak RM700 juta setahun.

“Masuk sahaja PH mulai 2018, peruntukan untuk kaum Melayu dan Bumiputera dihentikan. Saya menulis surat kepada Timbalan Perdana Menteri yang ada jawatan besar pun menikus,” katanya.

Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
June 4, 2023 · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
14 minit lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
36 minit lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
3 jam lalu · Politik
UMNO parti utama, perlu bantu parti lain dalam kerajaan menang PRN: Mat Maslan
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
12 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok