Calon PKR DUN Permatang kata hina gambar PMX sama seperti hina Agong

August 1, 2023 · Politik

Seorang calon PKR di Selangor, Mohd Yahya Mat Sahri menyifatkan tindakan menghina poster Perdana Menteri (PMX) adalah sama seperti menghina Yang di-Pertuan Agong (Agong).

Calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang itu memberi respon terhadap laporan berhubung poster wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipasang di banyak tempat tetapi dirosakkan oleh orang ramai.

“Kita tak suka tak ada masalah, ini negara demokrasi, tapi bila kita ada gambar tertentu seperti PMX, beliau angkat sumpah di hadapan YDPA.

“Salah satu daripada Rukun Negara adalah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.

“Kalau kita hina gambar Perdana Menteri, sama kita hina Agong, jadi ini penting, jangan kita ambil langkah itu,” katanya dipetik laporan portal MG.

Baru-baru ini, poster rasmi Anwar yang diletakkan di Sg Gulang-Gulang, di sini, didapati menjadi mangsa vandalisme.

Mengulas lanjut, Mohd Yahya berkata, insiden vandalisme itu merupakan kali kelima berlalu di sini sejak empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) bermula Sabtu lepas.

“Sebelum ini kes sama berlaku di Simpang Raja Musa, saya ingat yang itu (Sg Gulang-Gulang) itu kelima, ada di Parit Serong, ada sebahagian itu, ketua-ketua kampung buat laporan polis.

“(Poster/ Billboard PMX) dipasang awal lagi sebelum pembubaran DUN lagi dan tempoh penamaan calon pun, saya rasa benda yang tidak molek sekali,” katanya.

Beliau turut mengingatkan mana-mana pihak agar menghormati antara satu sama lain ketika berkempen dan tidak merosakkan bahan kempen calon lawan.

Berita berkaitan
PMX kata akan umum berita baik pada Khamis selepas lawatan ke UAE
2 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan tidak lagi diyakini rakyat, gagal tangani permasalahan: Tun Faisal
2 jam lalu· Politik
Kos tunai haji dijangka naik 11 peratus tahun depan: TH
15 jam lalu· Isu semasa
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
22 jam lalu· Politik
Popular
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
October 2, 2023
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
October 2, 2023
Permohonan arah Anwar kemuka dokumen dalam saman fitnah oleh Dr M ditolak
October 2, 2023
Kes Muhyiddin digugurkan, pendakwa gagal nyatakan butiran kesalahan dilakukan
August 15, 2023
Lagi Politik terkini
PAS bidas Tok Mat reka naratif palsu, ingatkan sumpah “No Anwar, No DAP”
15 jam lalu · Politik
Saya tidak kata Vincent Tan korup, kata Sanusi dalam pembelaan kes saman
15 jam lalu · Politik
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
October 2, 2023 · Politik
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023 · Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
October 2, 2023
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
October 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok