Calon Ismail Sabri sebagai PM semula selepas PRU bukan Zahid: UMNO Lipis

December 18, 2021 · Politik

UMNO Bahagian Lipis bersetuju sekiranya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Ketua UMNO Bahagian Lipis Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata Ismail Sabri yang merupakan Naib Presiden UMNO juga perlu diberi peluang memimpin dan mentadbir negara sehingga habis penggal, menurut laporan Bernama.

“Kerana apa? Kerana kita perlu buktikan kepada rakyat bahawa tiada pemimpin daripada parti lain yang boleh mentadbir dengan baik selain daripada parti UMNO dan Barisan Nasional (BN), kita perlu berikan sokongan padu kepada Perdana Menteri (Ismail Sabri).

“Tiada sebab kita perlu adakan PRU lebih awal, sedangkan kita perlukan lebih masa untuk beri keyakinan kepada rakyat, kita perlukan lebih masa kerana Bajet 2022 baharu sahaja diluluskan dan ia perlu ditunjukkan dan dibuktikan keterampilannya kepada rakyat.

“Disebabkan itulah kita perlu menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri sehingga selesai penggal atau sehingga PRU15, malahan bersetuju jika dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri selepas PRU15 nanti,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Lipis di Wisma UMNO Lipis dekat sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis menyeru supaya UMNO mendekati golongan muda melalui platform antara lain media sosial seperti aplikasi TikTok.

Menurutnya undi 18 menjadi penentu pada PRU akan datang dan sekiranya ahli UMNO tidak memberi perhatian serius, tidak mustahil sekali lagi parti berkenaan akan dilanda badai dan tumbang dalam PRU itu kelak.

“Kita perlu dekati mereka, perlu curi dan tambat hati mereka. Kita dekati mereka bukan sahaja melalui sentuhan fizikal tetapi kita gunakan media sosial sebagai salah satu langkah untuk memahami golongan ini. Disebabkan inilah kita perlu seiring dengan pemikiran anak muda, tetapi ada aturannya agar ia tidak terpesong daripada matlamat asal,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, proses demokrasi melalui Pilihan Raya Negeri yang sedang berlangsung di Sarawak hari ini juga penentu kepada landskap politik negara dan penerimaan rakyat terhadap BN.

Katanya kemenangan di Melaka membuktikan bahawa rakyat sudah mula menyambut baik BN namun parti itu tidak boleh berada di zon selesa dan mesti berusaha lebih bagi menghadapi PRU akan datang.

“Baru-baru ini kita telah selesai menghadapi PRN Melaka. Alhamdulillah kita telah dapat membentuk kerajaan BN di Melaka. Marilah kita bersedia dan mula bergerak untuk menghadapi peperangan besar dalam PRU15 yang akan datang,” katanya.

Berita berkaitan
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
16 jam lalu· Isu semasa
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
17 jam lalu· Politik
Najib dakwa skandal LCS dimainkan seperti 1MDB, sehingga diheret ke mahkamah
21 jam lalu· Isu semasa
Keputusan parti Zuraida dan beberapa parti lain sertai BN dibuat esok
22 jam lalu· Politik
Popular
PM akan dengar cakap kita PRU-15 diadakan tahun ini juga, kata Zahid
August 14, 2022
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
August 14, 2022
Tok Mat lepas jawatan timbalan pengerusi jika BN gagal bentuk kerajaan
August 14, 2022
PRU-15: Selepas skandal kapal LCS terbongkar BN tak yakin tubuh kerajaan sendirian
August 14, 2022
Lagi Politik terkini
Tok Mat lepas jawatan timbalan pengerusi jika BN gagal bentuk kerajaan
14 jam lalu · Politik
Menjelang perbicaraan terakhir esok, Najib istiqamah dengan keputusan bakal dihadapi
16 jam lalu · Politik
Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri
18 jam lalu · Politik
Speaker DUN Sarawak umum ADUN Batu Lintang keluar parti jadi bebas
22 jam lalu · Politik
Tok Mat gesa jangan biar pihak lawan guna skandal LCS serang BN
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
5 minit lalu
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok