Calon cantik DAP, Marina berdepan saingan tiga penjuru di DUN Skudai

February 26, 2022 · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) Marina Ibrahim ditentang dua calon lain dalam usahanya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Skudai, yang merupakan kubu kuat PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali Ini.

Calon berusia 35 tahun itu akan berhadapan dengan Pengerusi MCA Iskandar Puteri Lim Soon Hai mewakili Barisan Nasional (BN) dan Calon Perikatan Nasional (PN) Khoo Kong Ek, menurut laporan Bernama.

Pengumuman rasmi calon-calon kerusi DUN itu telah dilakukan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Skudai Muzaldin Mohamed di Pusat Penamaan Calon Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Lim mengemukakan borang pencalonannya pada 9.02 pagi, diikuti oleh Khoo pada 9.05 pagi dan Marina pada 9.23 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, kerusi DUN Skudai dimenangi oleh Tan Hong Pin (PKR) dalam perlawanan satu lawan satu berdepan S.Kanan (BN) dengan majoriti sebanyak 35,126.

SPR menetapkan hari mengundi pada 12 Mac manakala undi awal pada 8 Mac.

Berita berkaitan
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023· Politik
NGO desak tanah rizab Melayu dikembalikan di Sitiawan, pertikai langkah pindah milik
September 26, 2023· Isu semasa
Hina Sultan Selangor: Hukuman penjara pendakwah bekas penasihat agama Guan Eng kekal
September 25, 2023· Isu semasa
Popular
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023
Lagi Politik terkini
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
23 minit lalu · Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
13 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
13 jam lalu · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
20 jam lalu · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
23 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok