Calon BN tak layan desakan letak jawatan Pesuruhjaya Suhakam

July 28, 2023 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) DUN Kuang, Hasnal Rezua Merican Habib Merican tidak berganjak dek desakan yang menuntutnya melepaskan jawatan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sebaik dicalonkan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Hasnal mempertahankan kedudukannya itu sambil menegaskan tiada isu hak asasi manusia yang akan dikompromi kerana jawatannya itu.

Malah beliau menggesa pengkritiknya melihat rekod sepanjang beliau bertugas pada seis 2022-2025.

“Di mana isu hak asasi manusia dikompromi kerana jawatan politik saya (Ketua Umno Selayang)? Sepatutnya sudah ada bukti sekarang sebab telah ada rekod saya selama setahun,” katanya, lapor FMT.

Menurutnya lagi, pihak yang mengkritiknya itu perlu melihat Seksyen 5 (3) Akta Suhakam 1999 yang menyebut anggota suruhanjaya hendaklah dalam kalangan seseorang dari latar belakang agama, politik dan berpengalaman dalam isu melibatkan hak asasi manusia.

“Saya bukan ahli politik sepenuh masa, sebaliknya peguam cara dan peguam bela selama 30 tahun…saya ada pengalaman luas dalam hak asasi manusia.

“Kenapa anda rasakan saya dipilih sebab ahli politik? Kenapa rasa saya tak layak duduk di situ sebagai peguam bela yang mengamalkan selama 30 tahun dalam undang-undang jenayah serta buruh?

“Jangan kita mengecualikan orang yang layak hanya kerana kita rasa Suhakam ini sepatutnya berfungsi dalam cara kamu bayangkan sahaja,” katanya.

Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk bekas Pesuruhjaya Suhakam, Jerald Joseph menggesa Hasnal meletak jawatan untuk memastikan pejabat itu dilihat bebas dengan politik susulan pengumumannya sebagai calon BN di DUN Kuang.

Bagaimanapun, Hasnal berkata beliau akan melepaskan jawatan itu sekiranya menang PRN kerana komitmen baharunya itu mungkin menyebabkan tidak dapat memberi tumpuan kepada amalan guaman dan tugas pesuruhjaya.

Menurutnya, jika itu berlaku beliau harus melakukannya secara teratur dengan mengemukakan surat perletakan jawatan kepada kerajaan dan memohon perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Berita berkaitan
JPM umum peletakan jawatan Pengerusi Suhakam sebelum tamat tempoh kontrak
August 29, 2023· Isu semasa
Calon UMNO di kerusi DUN Jeram terlibat dalam kemalangan
July 31, 2023· Politik
NGO desak calon BN lepaskan jawatan Pesuruhjaya Suhakam
July 25, 2023· Isu semasa
Bekas calon BN berdepan 77 pertuduhan perdaya mangsa jual beli tanah, rumah
June 23, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok