Calon BN nafi surat Akujanji tular sokong Zahid jadi PM, tapi tak lapor polis?

November 2, 2022 · Politik

Awal hari ini tular surat Akujanji yang ditandatangani calon-calon UMNO yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini.

Surat yang tular ditandatangani calon UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah tular dalam media sosial, ia antara lain menghendaki semua calon UMNO yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) supaya setia dan patuh kepada arahan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN.

Kandungan utama surat tersebut meminta semua calon UMNO dan BN menyokong Zahid sebagai calon Perdana Menteri (PM) sekiranya memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Dalam surat tersebut juga semua calon juga perlu bersetuju supaya kes mahkamah yang sedang dihadapi pemimpin UMNO digugurkan dan siasatan dihentikan dengan serta-merta.

Terdapat lima syarat yang digariskan dalam surat tular tersebut, antaranya:

A) Memberikan jawatan kabinel yang utama kepada wakil dari UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diarahkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

B) Memberikan jawalan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan kepada wakil dari UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diarankan ole Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional

C) Menggugurkan kes-kes mahkamah yang melibatkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional hendaklah diselesaikan oleh kerajaan yang akan dibentuk selepas PRU-15.

D) Menggugurkan semua siasatan yang melibatkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

E) Melibatkan dan mengambil kira keputusan kepimpinan tertinggi UMNO dan Barisan Nasional dalam keputusan-keputusan kerajaan.

Surat tular tersebut ditandatangani Shamsul Anuar yang juga calon BN di Lenggong dengan dua saksi lain iaitu Zahid sendiri dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun, Shamsul Anuar dalam satu kenyataan Facebook tampil membuat penafian berhubung surat tersebut.

“Disahkan bahawa Akujanji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar.

“Tiada sebarang Akujanji sebegini dilakukan. Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO Barisan Nasional ketika musim PRU-15 ini,” katanya.

Bagaimanapun Shamsul Anuar yang juga Pengarah Komunikasi BN tidak menyatakan sama ada akan membuat laporan polis atau tidak terhadap penularan surat tersebut.

“Mohon rakyat Malaysia yang mendapat Akujanji Palsu ini tidak terpengaruh dengannya. Pihak saya amat kesal dengan permainan politik sebegini,” katanya lagi.

Untuk rekod, media melaporkan sebelum ini wujud Akujanji yang ditandatangani semua calon UMNO dan BN sekiranya mahu mendapatkan watikah pencalonan pada PRU-15 kali ini.

Sebelum ini, UMNO mengumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon PM dan juga ‘poster boy’ sekiranya BN memenangi PRU-15 pada 19 November nanti.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
40 minit lalu· Politik
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
5 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
7 jam lalu· Politik
Anak dan menantu dilantik dalam syarikat senarai awam selepas Zahid jadi TPM
11 jam lalu· Isu semasa
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
11 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
13 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
15 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
17 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
3 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
5 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok