
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
13 daripada 20 kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi sesi 2022/2025 dimenangi cai Timbalan Presiden baharu, Rafizi Ramli.
Rafizi sebelum ini mengeluarkan senarai pasukannya atau “cai” dalam pemilihan MPP dan daripada senarai tersebut 13 berjaya memenangi jawatan yang ditawarkan dalam badan tertinggi PKR itu.
Pertandingan sengit itu menyaksikan persaingan membabitkan 73 calon, dengan beberapa nama baharu popular yang turut terpilih adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik dan artis, Datuk Hans Isaac.
Maszlee yang baharu sahaja menganggotai PKR pada November tahun lalu, berjaya memperoleh undi tertinggi dengan 1,091 undi manakala Hans Isaac yang juga salah seorang daripada pasukan Rafizi berjaya memperoleh 720 undi, antara 10 undi tertinggi.
Selain itu, 12 anggota pasukan Rafizi lain yang turut menang adalah Akmal Nasrullah Mohd Nasir (956), Romli Ishak (878), Fahmi Zainol (817), Nurin Aina @ Nor Azlina Surip (797), Lee Chean Chung (788), Syed Ibrahim Syed Noh (739), Simon 00i Tze Min (703), Raiyan Abdul Rahim (697), Wong Chen (697), Tan Kar Hing (648), Zahir Hassan (642) Dan Muhammad Bakhtiar Wan Chik (594).
Tujuh lagi anggota MPP yang menang dalam pemilihan adalah Mohd Yahya Shaari (804) Siti Aisyah Shaik Ismail (783), Raiyan Abdul Rahim (697), David Cheong Kian Young (622), Hee Loy Sian (619), Amidi Abdul Manan (617) dan Elizabeth Wong Keat Ping (598).
Sementara ini, tiga pimpinan utama baharu PKR yang akan membantu Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Timbalan Presiden, Rafizi Ramli; Ketua Angkatan Muda (AMK), Adam Adli dan Ketua Wanita, Fadhlina Sidek.
Empat Naib Presiden PKR yang terpilih adalah Datuk Seri Aminudin Shari (Menteri Besar Selangor), Datuk Seri Aminuddin Harun (Menteri Besar Negeri Sembilan), Chang Lih Kang dan Nik Nazmi Nik Ahmad.
Senario ini mungkin akan membimbangkan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan masih bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri (PM) walaupun sudah ditipu anak muridnya sebelum ini.
Rafizi semalam mengeluarkan kenyataan pedas dengan menggesa supaya ahli PKR berhenti menjadi “penggilap epal” kepada Anwar.
“Apa yang penting kepada parti dan kepimpinan baharu ialah jangan cuba ‘bodek’ (menggilap epal) Anwar atau cuba mempertahankannya.
“Anwar adalah Anwar Ibrahim dan dia tidak perlu dibela.
“Apa yang perlu dilakukan ialah merayu kepada rakyat dan cuba untuk menang,” kata Rafizi.