Cadangan PAS guna logo sendiri akan dibawa bincang ke mesyuarat PN

September 2, 2022 · Politik

Cadangan PAS untuk menggunakan logo sendiri di Terengganu, Kelantan dan Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN), kata Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata PAS akan membawa perkara itu ke mesyuarat akan datang, lapor Bernama.

“Kalau belum dimuktamadkan penggunaan logo itu, sebab ada negeri yang mohon nak pakai logo PAS, kami akan bawa pada perbincangan akan datang.

“Tujuannya kami tidak mahu pengundi keliru dengan warna biru,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) ke-63 sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke-68 di sini.

Sebelum ini di Konvensyen PN, perwakilan dari Terengganu dan Kedah mencadangkan lambang PAS dapat digunakan di negeri berkenaan pada PRU15.

Perwakilan tersebut berkata perkara itu perlu dipertimbang mengambil kira senario politik di pantai timur berbeza berbanding peringkat Persekutuan.

Bagaimanapun Muhammad Sanusi berkata ia terpulang kepada keputusan mesyuarat yang akan diadakan nanti.

Berita berkaitan
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
15 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
16 jam lalu· Politik
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
7 jam lalu · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
7 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
7 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
16 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
6 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok