Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre

May 28, 2023 · Politik

Gabungan undi diperoleh BN-PH ketika menjadi seteru pada pilihan raya negeri (PRN) 2018 mungkin buat kerajaan perpaduan hari ini selesa menjelang PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Namun Merdeka Centre melihat wujudnya cabaran buat BN-PH bagi mengekalkan prestasi itu sejak mereka bekerjasama membentuk kerajaan perpaduan pada PRU-15 lalu memandangkan sudah berseteru sekian lama.

Penganalisis politiknya, Ibrahim Suffian berkata penyertaan UMNO dalam gabungan itu kini mengubah dinamik tempatan, apatah lagi dalam kalangan penyokong PH yang mungkin sukar menerima pakatan dengan pesaing lama itu.

“Justeru, pemindahan undi penyokong BN kepada calon PH dan sebaliknya mungkin menjadi satu cabaran.

“Penyokong Umno boleh memilih untuk tidak keluar mengundi, atau menyokong calon PN kerana tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka sendiri,” katanya, lapor FMT.

Ibrahim berkata, persepsi masyarakat terhadap kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim turut menjadi faktor pengundian.

“Walaupun tinjauan oleh Merdeka Centre pada Februari menunjukkan 68% menyokong kepimpinan Anwar dan negara secara amnya bergerak mengikut hala tuju yang tepat, sentimen ini boleh berubah dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

“Kami perhatikan pengundi muda Melayu semakin mesra Anwar dan PH. Mereka mungkin berwaspada dengan tumpuan Perikatan Nasional (PN) terhadap kaum dan agama serta kekurangan cadangan yang nyata tentang cara menambah baik isu kos sara hidup.

“Bagaimanapun, (sentimen) ini mungkin tidak kekal. Jadi, PH perlu bekerja lebih keras untuk menunjukkan bahawa keputusannya bekerjasama dengan UMNO-BN adalah untuk jangka masa panjang walaupun diketahui bahawa segelintir pemimpin BN tidak selesa dengan aturan itu,” katanya.

Ibrahim berkata, UMNO bakal berdepan tugas berat berikutan prestasi hambar di bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada PRU-15.

Pada PRN Selangor lalu, PH memperoleh 58% undi (DAP 25%, PKR 24% dan Amanah 9%), manakala 21% lagi diperoleh BN (UMNO 16%, MCA 4% dan MIC 1 %).

Sementara PAS yang bergerak sendiri meraih 14% dan Bersatu yang ketika itu merupakan anggota PH hanya memperoleh 6% yang menjadikan gabungan PN sekarang mendapat 20%. Baki 1% lagi mengundi calon lain.

Kata Ibrahim, bilangan pengundi di Selangor telah meningkat lebih 55% daripada 2.42 juta pada 2018 kepada 3.75 juta dalam daftar terkini berikutan pendaftaran pengundi automatik dan Undi18 dan ini berpotensi membuka peluang untuk mana-mana parti mendahului undian.

Katanya, PRN sering dipengaruhi oleh isu setempat, sekali gus menambah dimensi kepada PRU tahun lepas.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
23 jam lalu· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
23 jam lalu· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
23 jam lalu· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda MCA gesa kerajaan tangani kos sara hidup, syor perkenal GST
October 21, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok