C4 Center gesa Azam Baki diganti segera

August 3, 2023 · Politik

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4 Center) menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki diganti segera selepas kenyataannya mempertahankan pengumuman peruntukan tambahan oleh Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi ketika musim pilihan raya.

Menurut C4 Center, Azam perlu diganti sebagai sebahagian daripada pembaharuan segera bagi memastikan kebebasan terhadap SPRM dalam menjalankan tugas.

“Pembaharuan segera mesti dilaksanakan bagi memastikan kebebasan SPRM termasuk mengganti ketua pesuruhjaya kerana Azam berulang kali menunjukkan kredibiliti SPRM telah merosot di bawah kepimpinannya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, terdapat alasan undang-undang untuk SPRM menyiasat pengumuman Zahid baru-baru ini mengenai geran persekutuan untuk kumpulan belia Terengganu kerana ada petunjuk bahawa jumlah itu mungkin dinaikkan bergantung kepada keputusan pilihan raya negeri (PRN).

Menurut C4 lagi, SPRM mesti memulakan siasatan ke atas pengumuman Zahid itu untuk memastikan sama ada wujud kesalahan pilihan raya dan jika tidak disiasat, SPRM perlu menjelaskan alasannya.

Terdahulu Azam dilaporkan berkata pengumuman itu tiada unsur rasuah dan pemberian seumpama itu bukan rasuah.

“Ini adalah sebuah kerajaan pemerintah yang boleh melaksanakan inisiatif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

“Pada hemat saya, tiada masalah berhubung isu pemberian geran ini kerana ia merupakan inisiatif kerajaan. Jadi kalau inisiatif peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, ia tiada unsur rasuah,” katanya,

Sehari sebelum penamaan calon, Zahid mengumumkan geran tambahan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) selain peruntukan sebanyak RM250,000 untuk Majlis Belia Malaysia Terengganu.

Turut diumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi persatuan permotoran di negeri itu malah katanya jumlah itu mungkin bertambah bergantung kepada prestasi golongan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

“Itu baru saya (umum peruntukan), selepas ini PM naik dia akan tambah insya-Allah. Asalkan pada 12 Ogos nanti para belia mengikut gelombang biru dan gelombang merah yang ada di Terengganu. Boleh? Kalau makin kuat tepukan, makin banyak PM akan luluskan,” katanya.

Pengumuman itu dikritik pelbagai pihak termasuk Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin yang menyifatkannya sebagai sogokan menjelang PRN.

Malah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sendiri menegaskan pengumuman Presiden UMNO itu melanggar larangan 3C yang digariskan.

Menurut Bersih, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah secara jelas mengenakan syarat jumlah peruntukan itu akan dinaikkan sekiranya parti kerajaan menang dalam PRN pada 12 Ogos ini.

Namun Anwar mempertahankan pengumuman dibuat anak muridnya itu sambil menegaskan ia dibuat sebelum hari penamaan calon dan tiada kaitan dengan PRN.

Berita berkaitan
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023· Politik
Rasuah kereta mewah pegawai kanan di kementerian, seorang pemilik syarikat ditahan: Laporan
September 27, 2023· Isu semasa
Penipuan tuntutan dana MITRA, perunding perniagaan didakwa
September 27, 2023· Isu semasa
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
2 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok