Bung Moktar dedah ada ‘tangan jahat’ mahu kuburkan UMNO Sabah

March 3, 2023 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendedahkan wujud ‘tangan-tangan jahat’ berusaha untuk menguburkan parti itu di negeri berkenaan.

Bercakap kepada media ketika ditemui di lobi Menara Dato Onn di ibu kota semalam, beliau mendakwa antara ‘umpan’ yang digunakan adalah ‘membeli’ wakil rakyat daripada UMNO dengan menawarkan habuan tertentu.

Bagaimanapun, beliau optimis apa yang dilakukan pihak terbabit, termasuk untuk menguburkan UMNO di Sabah, akan gagal kerana parti itu kuat dan ditubuhkan atas prinsip perjuangan, bukannya dendam.

“Usaha itu (menguburkan UMNO) pun ada, tetapi saya nak katakan UMNO ini bukan hanya sebuah parti, sebaliknya ia sebuah perjuangan.

“Kita lihat UMNO ditubuhkan bukan kerana dendam, bukan ingin membentuk kerajaan, bukan di jalan raya tetapi UMNO dibentuk oleh pemimpin terdahulu melalui satu mesyuarat bagi membantu membangunkan dan memerdekakan negara.

“Parti lain pula dibentuk atas berbagai-bagai faktor yang tidak dapat kita ilhamkan. Ada yang dibentuk atas lompatan yang begitu banyak, dua tiga kali melompat membentuk parti. Jadi ini berlaku ketika musim berjaya di mana (berlaku) pembelian semua pemimpin di Sabah.

“Tetapi (usaha itu) akhirnya tidak berkekalan lama sebab saya yakin parti yang dibentuk atas dasar tamak haloba ingin berkuasa semata-mata tanpa memikirkan kepentingan rakyat, tidak bertahan lama,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan itu, menurut BH.

Bung Moktar sebelum ini dikatakan berpakat dengan Parti Warisan Sabah (Warisan) pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, memulakan ‘Langkah Kinabalu’ untuk menumbangkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Datuk Seri Hajiji Noor.

Namun, langkah itu gagal setelah beberapa ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO enggan menyertainya, sebaliknya memberi sokongan kepada Hajiji.

Sebelum ini, media melaporkan lima ADUN UMNO Sabah mengumumkan keluar parti, mereka terdiri daripada Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).

Namun, tindakan mereka bertindak keluar UMNO hanya mengurangkan jumlah ADUN parti itu tetapi tidak menjejaskan kedudukan kerajaan Hajiji.

Serentak tindakan itu, lima ADUN berkenaan turut mengumumkan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang dipimpin Hajiji.

Turut keluar UMNO dan menyertai Gagasan Rakyat ialah bekas ADUN Kemabong, Jamawi Jaafar dan beberapa pemimpin bahagian termasuk Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna, Aziz Ibnu.

Turut mengumumkan menyertai Gagasan Rakyat ialah tiga ADUN Parti Warisan yang mengumumkan keluar parti awal bulan ini.

Mereka ialah Norazlinah Arif (Kunak), Chong Chrn Bin (Tanjung Kapor) dan Mohammad Mohamarin (Banggi).

Berita berkaitan
Isu ziarah gereja: Polis akan panggil Hannah Yeoh untuk dirakam keterangan
16 jam lalu· Isu semasa
Ramai stres kos sara hidup tinggi, sekolah buka serentak Ramadan
23 jam lalu· Isu semasa
Warisan tak tolak bekerjasama dengan UMNO hadapi PRN Sabah: Shafie
23 jam lalu· Politik
Pemilihan UMNO: PMX ucap tahniah kepada Zahid walaupun tak bertanding
23 jam lalu· Politik
Popular
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
March 20, 2023
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
March 20, 2023
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
March 20, 2023
Lagi Politik terkini
Menteri agama ditegur bermain wayang dalam isu ziarah gereja
13 jam lalu · Politik
RM2.25 juta berjaya dikumpul untuk bayar ganti rugi kes saman MP DAP
16 jam lalu · Politik
Zahid dakwa akar umbi mahu UMNO kekal bersama DAP dalam kerajaan
19 jam lalu · Politik
Hala tuju kerajaan PH-BN bela nasib rakyat semakin tersasar
20 jam lalu · Politik
Apa yang dipertahan PKR adalah ajaran Kitab Injil: Hadi Awang
March 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anak muda pantang ditipu, lebih yakin dengan Perikatan
17 jam lalu
[VIDEO] Sertai Pakatan dakyah ‘cybertrooper’, PAS tawakal dengan Bersatu
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok