Bung kata jika Zahid berundur MT kena ikut, tapi dulu tak ikut Najib

November 20, 2022 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata semua pemimpin parti perlu meletak jawatan sekiranya Presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berbuat demikian.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) harus bertanggungjawab di atas kekalahan teruk gabungan itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurutnya jika parti itu merasakan Zahid perlu meletakkan jawatan dan bertanggungjawab, pemimpin lain perlu mengikutnya.

“Sebenarnya seluruh kepimpinan mesti bertanggungjawab kerana ia (strategi PRU15) adalah keputusan kolektif.

“Jadi jika (orang lain) mahu (Zahid) letak jawatan maka semua orang mesti letak jawatan juga, termasuk saya.

“”Saya tidak fikir ia akan sampai kepada itu (Zahid berundur). Kita akan membincangkannya,” katanya kepada media ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia di ibu negara, hari ini (Ahad, 20 November 2022).

Bung berkata demikian ketika ditanya adakah wajar pemimpin BN mendesak Zahid berundur.

Bagaimanapun, Bung Moktar terlupa ketika kali pertama BN dan UMNO mengalami kekalahan pada PRU-14 sebelum ini, hanya Datuk Seri Najib Razak sahaja yang membuat keputusan meletak jawatan setelah menerima desakan akar umbi.

Sedangkan, Zahid yang ketika itu menjadi Timbalan Presiden bersama ahli MT dan pimpinan yang lain, termasuk Bung Moktar sendiri, tidak pula meletak jawatan.

Zahid kemudian dipilih sebagai presiden parti setelah mengalahkan Khairy Jamaluddin dan Tengku Razaleigh Hamzah, dalam pemilihan sebelum ini.

Ketika ditanya sama ada mesyuarat biro politik Umno hari ini telah membuat sebarang keputusan mengenai parti mana yang akan diselaraskan untuk membentuk kerajaan akan datang, Bung berkata ia masih belum diputuskan.

“Kami belum memutuskan perkara itu lagi. Kami perlu membincangkannya terlebih dahulu.”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
7 jam lalu· Politik
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
7 jam lalu· Politik
Ada kleptokrat jadi TPM, tak tahu kabinet Anwar ini apa dia? soal Samsuri
December 4, 2022· Politik
Tarik sokongan dan desak PRU-15 masa banjir, siapa yang meroyan sebenarnya Zahid?
December 4, 2022· Politik
Popular
Shahidan cadang lagu ‘penyamun’ didendang PH kepada UMNO ditukar
December 5, 2022
Habuan calon MIC tarik diri: PH-UMNO mula nak salah guna kuasa
December 5, 2022
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
December 5, 2022
Angkat semula kleptokrat, MP PKR malu nak ungkap lagi kata keramat ‘reformasi’
December 5, 2022
Lagi Politik terkini
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
18 minit lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
2 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
4 jam lalu · Politik
Kumpulan berfahaman kiri mudah pengaruhi kerajaan PH-UMNO
5 jam lalu · Politik
Wayang politik: Pakatan PH-UMNO kerajaan atau pembangkang?
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin tak takut disiasat, dakwaan RM600 bilion berniat jahat
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Nassuruddin di ceramah PRK Padang Serai
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok