Bukan ugut, tapi dalam Islam janji kena tunai: Muhyiddin

July 30, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) tidak menggugut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun meluahkan kenyataan kecewa kerana tidak memenuhi tuntutan dalam perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin bukan bertujuan untuk mendesak Ismail Sabri tetapi sebaliknya mengingatkan agar menjadi seorang yang jujur dan bertanggungjawab terhadap janji yang dibuat sebelum ini.

Malah, tambahnya, perkara berkaitan menunaikan janji itu juga selari ajaran Islam.

“Itu perjanjian (antara PN dengan Ismail Sabri). Kalau dalam Islam, janji mesti ditunaikan. Jadi ini bukan ugut.

“UMNO nak kata apa pun, boleh tapi (hal) ini antara Ismail Sabri ketika dia belum menjadi Perdana Menteri dengan PN,” katanya pada sidang media selepas melancarkan buku biografi bertajuk ‘Muhyiddin Yassin: Leading a Nation in Unprecedented Crisis’ di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Buku tulisan bekas Pengerusi Media Prima, Datuk Abdul Mutalib Razak terbitan Yayasan Pendidikan Islam dilancarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun.

Terdahulu, PN menerusi kenyataan media dikeluarkan Hamzah menyuarakan rasa kecewa terhadap Ismail yang menurutnya tidak bersungguh dalam memenuhi persefahaman yang dicapai mereka, yang antaranya dikatakan turut membabitkan pelantikan timbalan perdana menteri.

Hamzah turut berkata PN akan menghantar wakilnya untuk bertemu Ismail Sabri tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata dia akan menyerahkan kepada Hamzah untuk berbincang dengan Pejabat Perdana Menteri berhubung waktu yang sesuai untuk mengadakan pertemuan itu.

“Saya serah kepada Setiausaha Agung PN untuk menguruskan pada masa yang sesuai dan kita akan berjumpa dan dapat membincangkan perkara tersebut,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, sebelum menjadi Perdana Menteri perjanjian tersebut telah dipersetujui Ismail Sabri dengan PN, dan bukan Bersatu.

“Kita bawa dalam agenda tertinggi. Dia dah setuju dengan PN, bukan dengan Bersatu,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
14 jam lalu· Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
16 jam lalu· Politik
PM hanya ambil kira pandangan parti sendiri, bukan pandangan bersama: PAS
August 6, 2022· Politik
PBM berhak buat keputusan mohon sertai BN, kata Setiausaha Agung
August 6, 2022· Politik
Popular
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
46 minit lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
16 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
16 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022
[VIDEO] Melayu jangan terpengaruh dengan Gerakan Dr M, kata Naib Presiden UMNO
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok