Bukan tak suka KJ, tapi jika undi KJ macam undi Zahid kekal berkuasa

November 12, 2022 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilihat terus menjadi liabiliti kepada calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini apabila pengundi tetap menganggap jika mengundi calon pilihan mereka, maka sama seperti mengangkat Presiden UMNO itu untuk berkuasa.

Beberapa daripada mereka sebelum ini sentiasa menyokong dan mengundi BN setiap kali pilihan raya diadakan, namun masih tidak pasti parti mana yang perlu dipilih kali ini.

Sebelum ini, pemimpin PKR R Sivarasa mengingatkan bahawa setiap undi yang diberikan kepada calon BN adalah sama dengan memberikannya kepada Zahid.

Sivarasa mendakwa undi kepada Khairy daripada UMNO sebenarnya adalah undi untuk parti itu dan Zahid, yang masih berdepan pelbagai pertuduhan jenayah, termasuk rasuah di mahkamah.

Empat pengundi di Parlimen Sungai Buloh yang hanya mahu dikenali sebagai Zul Hisham, Azman, Faridah dan Siti S, memberitahu mereka bersikap terbuka dan teruja melihat calon yang diturunkan parti politik kali ini.

Ejen bebas insurans, Zul Hisham, 34, tidak keberatan menyatakan sokongan kepada calon BN Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Kesihatan yang bertanding di Parlimen Sungai Buloh.

“KJ memang calon favourite… disukai anak muda kerana penampilannya yang digemari… mesra, selain menteri yang bertanggungjawab melawan Covid.

“Cuma masalahnya apabila dia mewakili BN yang dikuasai Datuk Seri Zahid… sedangkan Datuk Seri Zahid dilihat bertanggungjawab menyebabkan nama baik UMNO dan BN semakin buruk, ada kes mahkamah.

“Kami sentiasa mengikuti perkembangan pemimpin-pemimpin politik, terutama ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Memang UMNO dan BN ada masalah kepimpinan. Sukar tadbir negara jika parti ada masalah,” katanya kepada Agenda Daily.

Rakannya Azman turut mengiakan sambil berkata pemimpin pembangkang tidak perlu memberitahu pengundi bahawa jika memilih calon-calon BN sama seperti membantu Zahid mencapai kemenangan dan memperkukuhkan kedudukannya.

“KJ memang disukai, tapi jika undi KJ dan beliau menang, maka sama juga seperti memberi kemenangan kepada Zahid,” katanya yang kini menyambung pengajian pada peringkat PhD di sebuah universiti.

Ditanya kenapa tidak suka kepada Zahid, Azman berkata umum mengetahui bahawa Pengerusi BN itu sedang berdepan dengan kes-kes rasuah yang masih dibicarakan di mahkamah.

“Anak muda sekarang bukan boleh diperbodohkan dengan kata-kata. Mereka melihat dan menilai dengan mata, telinga dan fakta yang benar. Sama juga kalau pemimpin atasa PH kata jumlah kematian kerana Covid di Malaysia paling tinggi, maka anak muda akan mencari fakta sebenar, bukan menerimanya bulat-bulat.

“Adakah kata 36,000 rakyat Malaysia meninggal akibat Covid satu jumlah tertinggi di dunia? Anak muda check fakta betul atau tidak… ternyata hanya bohong. Jadi nak pilih kah pemimpin yang jelas-jelas berbohong?,” soalnya.

Jurujual, yang hanya mahu dikenali Siti S, 28, memberitahu dia mengundi kali ini untuk yang kedua selepas PRU 2018.

“Dulu saya sokong BN, tapi kali ini mungkin parti lain… kerana ada parti pilihan yang lebih baik kepada rakyat. Dan seperti dikatakan ramai pihak jika undi calon BN sama seperti membantu Zahid,” katanya.

Rakannya, Faridah pula berkata dari segi logik memang benar jika mengundi KJ sama seperti membantu BN yang diketuai Zahid.

“Saya ahli parti politik. Cuba lihat masa pilihan raya 2018 apabila BN kalah. Hanya berpunca daripada seorang sahaja pemimpin BN, maka ramai calon BN yang kalah.

“Ia seperti permainan domino. Untuk menjatuhkan yang di atas, maka yang di bawah perlu dicantas. Kali ini, bila orang tak mahu Zahid mengekalkan kuasa walaupun beliau bukan Perdana Menteri… pengundi akan cantas yang di bawah juga.

“Minta maaf lah… memang KJ bagus, tapi saya akan undi orang lain,” katanya sambil menjelaskan isu-isu rasuah dalam kalangan pemimpin BN menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada parti itu.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
3 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
10 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
10 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
13 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
4 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
8 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
8 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
14 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok