Bukan salah UMNO apabila kerajaan gagal, kata Azalina

September 29, 2022 · Politik

Tidak adil untuk meletak semua kesalahan dan kegagalan kerajaan sedia ada terhadap UMNO sahaja, kata Datuk Seri Azalina Othman.

Azalina yang juga Penasihat Khas Perdana Menteri (PM) tetapi meletak jawatan baru-baru ini berkata tidak wajar UMNO dijadikan sasaran hanya kerana PM sekarang datang dari UMNO kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan berhubung sesuatu keputusan kerajaan.

“Persoalan yang dibangkitkan juga kini boleh dijawab oleh parti politik lain kerana mereka adalah sebahagian daripada kerajaan campuran.

“Jadi, anda benar-benar tidak boleh menyalahkan parti saya (untuk) bertanggungjawab atas segala-galanya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Pengerang itu dipetik laporan media.

Jelasnya, rakyat hanya tahu menyalahkan UMNO apabila berlaku kegagalan dalam menguruskan kerajaan walhal menteri tersebut bukan datang daripada UMNO tetapi parti lain.

“Apabila berlaku masalah, orang kata kerajaan dipimpin oleh pemimpin Umno. Tetapi apabila pelaksanaan tergendala, tiada siapa yang mahu menunjukkan bahawa menteri yang menyebabkan masalah itu bukan milik Umno.

“Kami dipersalahkan kerana perdana menteri milik parti saya,” katanya.

Kerajaan dipimpin Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kini sedang berdepan tekanan selepas kenaikan harga barang akibat inflasi dan kejatuhan nilai ringgit yang sedang dialami negara.

Kerajaan juga dikritik kerana lambat bertindak balas terhadap banjir baru-baru ini dan ketidakupayaannya untuk menangani kekurangan buruh semasa.

Selain itu, partinya sendiri juga sedang mendesak agar Ismail Sabri membubarkan Parlimen segera bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
16 minit lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok