Bukan PKR saja, PH pun nak tukar calon selepas lihat senarai lawan

November 2, 2022 · Politik

Setelah melihat senarai calon parti lawan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), bukan sahaja PKR, malah semua parti gabungan Pakatan Harapan (PH) mula goyah dan gelabah, serta bersedia melakukan beberapa perubahan calon mereka.

Susulan itu, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu, untuk melakukan perubahan itu.

Mendakwa bahawa PH tidak gentar dengan senarai calon diketengahkan parti lawan, termasuk Perikatan Nasional (PN), Anwar berkata ‘keadaan agak berkecamuk’ di dalam UMNO dan Barisan Nasional.

Terdahulu, PKR dilapor bersedia mempertimbang semula calonnya di kerusi Parlimen Sungai Buloh, susulan langkah Barisan Nasional (BN) meletakkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, di kawasan itu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dipetik sebagai berkata beliau akan berbincang dengan Anwar mengenai maklum balas pengundi di Sungai Buloh mengenai calon PKR setakat ini.

“Saya hargai semua pandangan. Keputusan akhir adalah keputusan beliau sebagai presiden parti,” katanya.

PH sebelum ini mengumumkan Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR, Datuk R Ramanan bertanding di Parlimen Sungai Buloh, menggantikan penyandangnya, R Sivarasa.

Sementara itu, bercakap pada sidang media selepas Majlis Perasmian Tawaran Harapan, hari ini (2 November 2022) Anwar berkata tawaran yang dibuat PH kepada pengundi bukannya populis.

“Untuk kita kategorikan sebagai populis, …saya rasa kurang tepat. Baca dulu dan lihat kerana ia harus menyentuh dan menyantuni rakyat. Maka ia juga harus popular tetapi terikat dengan kerangka besar, fahaman kita tentang ekonomi bagi menjana pertumbuhan lebih pesat,” katanya menurut BH.

Terdahulu, PH menzahirkan 10 tawaran yang menjadi keutamaan untuk dilaksanakan sebaik memperoleh mandat daripada rakyat pada PRU-15, termasuk menurunkan kadar tol lebuh raya – modal pada PRU-14 tetapi tidak dilaksanakan setelah menang.

Dalam manifesto bertajuk Kita Boleh! Tawaran Harapan PRU15, PH menyatakan komitmen untuk terus menyemak semua perjanjian konsesi lebuh raya di negara ini bagi mendapatkan harga terbaik.

Tawaran semakan tol pernah dibuat PH ketika PRU-14 pada 2018.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Budaya politik dendam kembali selepas PH-BN berkahwin, DAP jinak dengan UMNO?
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
8 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok