Bukan negeri sahaja bergolak, UMNO Sabah juga kacau-bilau

January 7, 2023 · Politik

Keadaan UMNO Sabah semakin kacau-bilau setelah lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu enggan mengikut keputusan kepimpinan tertinggi peringkat negeri, supaya menarik sokongan terhadap Ketua Menteri (KM) Datuk Seri Hajiji Noor.

Keengganan mereka selain mengkritik keputusan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Datuk Seri Bung Moktar Radin dan mendesak beliau meletak jawatan, juga mendapat reaksi ADUN yang menyokong langkah kepimpinan UMNO negeri.

Salah seorang daripada pemimpin UMNO Sabah, Datuk Kamarlin Ombi yang juga Ketua UMNO Bahagian Sipitang menyifatkan ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob – yang menolak keputusan itu dan mengecam Bung Moktar – sebagai pemimpin ‘talam dua muka’.

Memetik Sabahnews, Kamarlin berkata Dr Yusof tidak wajar membuat tuduhan melulu termasuk mengatakan tindakan UMNO menarik sokongan daripada kerajaan negeri sebagai merampas kuasa.

Beliau menyarankan Dr Yusof bertaubat atas tindakannya menghentam UMNO Sabah selepas menyertai semula parti itu setelah keluar daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) tahun lalu.

Menurutnya Dr Yusof bersikap keterlaluan apabila meminta Bung Moktar meletak jawatan atas alasan kononnya rancangan rampasan kuasanya gagal.

Beliau berkata, perbuatan Dr Yusof itu menyerlahkan niat sebenarnya menyertai semula UMNO yang mempunyai tujuan lain iaitu bersifat kepentingan diri dengan berselindung di sebalik kedudukan sebagai ADUN UMNO.

Malah, menurut Kamarlin yang juga bekas ADUN Lumadan ketika perbincangan pemimpin UMNO Sabah di buat tanggungjawab diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Yakub Khan bersama Ketua Penerangan Datuk Raimi Unggi untuk mengadakan perbincangan, namun apa yang terjadi Dr Yusof adalah pemimpin yang lebih awal menemui Hajiji dengan agenda yang tidak diketahui.

“Kita menafikan ada gerakan merampas kuasa seperti yang didakwa Dr Yusof. Sebaliknya Dr Yusof keluar daripada Warisan dan menyertai UMNO rupanya ada tujuan dan bermatlamatkan kepentingan diri sendiri.

“Selaku ADUN yang kononnya ahli UMNO tetapi dalam masa yang sama menjadi tali barut (pengkhianat) dari dalam dengan cara menjadi ejen untuk mempengaruhi ADUN UMNO bagi menyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS)” katanya sebagai mengulas kenyataan Dr Yusuf yang disiarkan di salah sebuah protal dalam talian yang dikawal GRS.

Menurut Kamarlin UMNO bahagian Sipitang pada mulanya curiga dengan penyertaan Dr Yusuf ke dalam UMNO kerana bimbang akan menggunakan parti untuk kepentingan peribadi dan akhirnya kebimbangan tersebut telah terbukti

“Ternyata beliau (Dr Yusuf) bukan pemimpin yang memiliki prinsip perjuangan selain dari perjuangan untuk kepentingan peribadi malah,sehubungan itu, Dr Yusof wajib bertaubat, jangan terus jadi katak,” katanya

Kamarlin mendakwa, Dr Yusof juga berjaya mempengaruhi Hajiji untuk memecat Datuk Seri Salleh Said Keruak sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah.

“Kita dapat tahu dia (Dr Yusof) dijanji untuk mengganti tempat Salleh selaku Pengerusi Qhazanah Sabah,” katanya.

Selain Dr Yusof, empat ADUN UMNO lagi menolak langkah Bung Moktar iaitu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya (Tanjung Keramat); Pembantu Menteri Kewangan, Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib (Sugut); dan Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk).

Berita berkaitan
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
8 jam lalu· Politik
Jangan tunduk dengan pekebun haram Musang King disokong DAP: Pemuda PAS Pahang
8 jam lalu· Isu semasa
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
15 jam lalu· Isu semasa
1MDB: Pendakwaan tarik balik rayuan lucut hak, wang UMNO disita dipulangkan
February 7, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
5 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
5 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
7 jam lalu · Politik
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
14 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok