Bukan khianati saya tapi khianati negara dan rakyat: Muhyiddin

August 17, 2021 · Politik

Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendapat perbuatan sehingga menyebabkan beliau terpaksa meletak jawatan Perdana Menteri adalah pengkhianatan terhadap negara dan rakyat yang sedang menderita.

Menurutnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dibawah pimpinan beliau sebelum ini sedang berusaha melakukan amal ibadah dengan menjaga dan memelihara kehidupan rakyat

Ditanya dalam pertemuan dengan editor-editor kanan media setelah mengumumkan peletakan jawatannya semalam, adakah beliau rasa telah dikhianati, beliau berkata apa yang berlaku sehingga beliau terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri bukanlah pengkhianatan terhadapnya tetapi kepada negara dan rakyat yang sedang menderita.

“Fikir-fikirkanlah, jika mereka ada perasaan mereka tidak akan raikan pasal tumbangkan saya sedangkan kita sedang berusaha melaksanakan amal ibadah, buat sesuatu menyabung nyawa, jaga dan pelihara nyawa dan kehidupan, adakah itu tidak mulia.

“Ada petanda saya fikir dilakukan pihak tertentu untuk tujuan tertentu, saya tak nak buat kenyataan yang boleh diheret ke mahkamah. Ini fakta politik saya akui mungkin bawa kesan begitu rupa, mungkin cita-cita mereka berhasil, tapi tidak mengapa kita terima perkara (yang telah) ditakdirkan.

“Ramai minta saya kekal, Abah jangan berhenti kami sayang dan sebagainya, sangat menyentuh hati, saya harap dapat berbuat demikian tetapi di bawah demokrasi berparlimen lantikan seperti jawatan perdana menteri bersandarkan peruntukan dalam Perlembagaan, saya angkat sumpah…saya akan junjung Perlembagaan negara yang mendukung raja berperlembagaan dan sebagainya,” katanya.

Sebagai rakyat yang diberikan amanah, Muhyiddin berkata beliau melakukan semua ini mengikut yang terkandung dalam Perlembagaan iaitu apabila tidak lagi mendapat sokongan majoriti (ahli Dewan Rakyat) maka wajib bagi beliau meletakkan jawatan.

Memetik Bernama, beliau menjelaskan tindakan itu diambil disebabkan penarikan sokongan Ahli Parlimen terutamanya daripada parti UMNO terhadap beliau.

“Siapakah mereka itu…bukan saya nak menidakkan mereka sebagai Ahli Parlimen, tapi soal politik jika mereka fikir nasib rakyat ketika ini ramai terkesan dan jadi miskin, bukan masa berpolitik tapi tumpuan untuk selamatkan nyawa. Bantu rakyat, jangan berpolitik kita dah muak. Kalaulah mereka mengambil kira perkara itu mereka tidak akan bertindak seperti ini,” katanya.

Muhyiddin turut menitipkan nasihat agar kerajaan baharu terus memberi perhatian kepada kebajikan rakyat kerana masalah Covid-19 masih belum selesai.

“Saya minta semua bertenang, sistem yang kita bina dalam negara terjamin, jaga hubungan baik dan usaha bantu rakyat…peruntukan kerajaan dalam bajet mesti dibelanjakan, rakyat jangan rasa terbiar, harap pimpinan kerajaan baharu tidak akan mengabaikan mereka, yang penting usaha yang dibuat diteruskan dan langkah lain harus dilakukan,” katanya.

Beliau berdoa dan mengharapkan agar Malaysia dapat bangkit semula dengan pertumbuhan yang pantas agar rakyat dapat hidup seperti biasa.

Berita berkaitan
Inilah cermin yang patut penasihat ekonomi PM lihat: Marzuki
September 21, 2022· Politik
PM belum bincang tarikh PRU-15 dengan ‘Top Five’ UMNO
September 11, 2022· Politik
PN sedia terima keputusan tolak PH, tak tolak saingan tiga penjuru: Muhyiddin
September 3, 2022· Politik
Skim subsidi bersasar boleh jimatkan RM20 bilion perbelanjaan negara: MPN
July 30, 2022· Isu semasa
Popular
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
September 28, 2022
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
September 28, 2022
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
September 28, 2022
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
September 28, 2022
Lagi Politik terkini
Kalau terdesak saya pertimbang, kata Ku Li ulas soalan jadi PM
7 jam lalu · Politik
Zahid sanggup redah banjir juga? Mahu PRU-15 diadakan tahun ini
10 jam lalu · Politik
Hamid Bador mampu pecah tembok UMNO di Parlimen Rembau: GTA
11 jam lalu · Politik
Empat bekas MP, ADUN UMNO disebut bakal calon PN di Perlis
14 jam lalu · Politik
BN musuh Bersatu: Lihat kenyataan Muhyiddin dari sudut politik, PRU
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Sampai kiamat pun Guan Eng kata saya menteri gagal, sindir Hishammuddin
September 27, 2022
[VIDEO] PAS komited bersama PN, akan umum hala tuju PRU15
September 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok