Buka Parlimen ini, bukan macam sidang bawah pokok di Perak

June 20, 2021 · Politik

Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Dr Marzuki Mohamad menjelaskan pembukaan sidang Parlimen memerlukan ia untuk mematuhi peraturan-peraturan khas sebelum dapat dibuka kepada Ahli-Ahli Parlimen untuk kembali bersidang.

Jelasnya, ia bukan boleh segera dibuka seperti yang difahami oleh segelintir orang kerana asasnya adalah ia terikat dengan peraturan yang ada dan kerajaan perlu mematuhi proses undang-undang yang sudah termaktub.

Tambahnya, pembukaan sidang Parlimen bukan seperti ‘Persidangan bawah pokok’ yang pernah berlaku di Perak pada satu masa dahulu kerana persidangan itu tidak tertakluk di bawah peraturan-peraturan khas.

“Parlimen merupakan badan legaslatif yang paling tertinggi di dalam negara kita, undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen itu mesti dikuatkuasakan, jadi kita tidak mahu kita tidak mengikut peraturan-peraturan dan prosedurnya.

“Nantinya ada orang akan mencabar dari segi kesahihan perjalanan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen itu sendiri.

“Ini ia bukan macam sidang bawah pokok pada satu masa dulu, kalau sidang bawah pokok ini pagi ini panggil mesyuarat petang itu boleh tetapi ini tidak kita kena buat secara teratur,” katanya dalam wawancara khas bersama Agenda Daily.

Marzuki merujuk kepada peristiwa politik Malaysia pada 2009 di mana pertama kali dalam sejarah negara ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung di bawah ‘Pokok hujan-hujan’.

Dalam sidang ‘tergempar’ yang diadakan di bawah pokok di kawasan letak kereta berhampiran bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh, wakil rakyat Pakatan Rakyat (gabungan pembangkang ketika itu) meluluskan usul menyokong Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar serta meluluskan pembubaran DUN Perak.

Sementara mengulas mengenai titah Tuanku berhubung pembukaan Parlimen, Marzuki berkata titah itu mesti dilaksanakan, cuma kerajaan mengambil masa untuk mengatur sesi itu ketika ini.

“Kerajaan terima titah Tuanku, ia mesti dilaksanakan tiada dolak-dalih ini adat budi pekerti kita dalam berhubung dengan Institusi Raja, cuma hendak laksanakannya kita ikut Perlembagaan.

“Saya percaya Tuanku juga memahami dan memaklumi proses yang perlu dilakukan sebelum sidang berlangsung, iaitu untuk Perdana Menteri sebagai ketua majlis perlu mengemukakan notis kepada Speaker Dewan biasanya lima hari, kemudiannya Setiausaha Dewan Rakyat pula mengemukakan notis kepada Ahli Parlimen minimun dalam 28 hari, dalam keadaan itu pun sudah 33 hari, jadi ada orang kata kenapa tak buat besok (buka Parlimen) kenapa tak minggu ini, minggu depan sebab secepat mungkin, tapi saya sudah baca semalam ada pakar-pakar yang sudah memberi penjelasan kepada masyarakat bahawa ada notis tempoh tertentu yang perlu dipatuhi oleh pihak kerajaan sebelum sidang Parlimen dibuka,” katanya.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini memberi komitmen untuk membuka sidang Parlimen secepat mungkin dan akan menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah untuk memastikan demokrasi terus subur.

Terdahulu, YDPA menzahirkan pandangan sesi Persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah baginda, Parlimen berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Ikuti wawancara penuh disini:

Penamatan darurat dan pembukaan parlimen

Berita berkaitan
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Kenapa pula UMNO tak boleh bersama DAP, kata Zahid pertahan kerjasama
June 7, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Pemuda UMNO kekal pendirian, tak takut cabaran Dong Zong: Akmal
May 2, 2023
MP UMNO Kalabakan bakal sertai GRS? Pemuda dakwa dipinggirkan
May 6, 2023
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok