Bubar Parlimen permulaan angkat Zahid jadi Perdana Menteri

October 10, 2022 · Politik

Pengumuman pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (10 Oktober) membuktikan UMNO terlalu jauh terpisah daripada kehendak dan keperluan rakyat.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa pengumuman itu juga permulaan kepada langkah UMNO untuk mengangkat Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perdana Menteri (PM).

“Rakyat perlu menilai sikap UMNO. Parti itu dipimpin oleh kluster mahkamah yang menolak dan merosakkan usaha perpaduan ummah,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat supaya membuat penilaian berdasarkan kecintaan kepada negara dan tanah air disertai tekad untuk membawa penambahbaikan kepada negara.

“Biarlah rasa cinta kepada negara itu membawa kita untuk membuat pilihan yang betul. Satu-satunya gabungan yang terbukti bersih dan menjaga kebajikan rakyat ialah PN,” katanya.

Hari ini, Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan cadangan PAS untuk perpaduan ummah bagi mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu pada PRU-15 sebagai satu taktik penuh muslihat.

Beliau berkata, UMNO dan BN sudah menetapkan pendirian jelasnya bahawa jika pun kerjasama antara dua parti itu mahu dibentuk dalam PRU, ia mesti bersifat menyeluruh.

“Kita hormati keputusan yang dicapai oleh jawatankuasa pusat parti mereka. Terserah kepada mereka bagaimana mereka mahu bergerak (dalam PRU).

“Tapi kalau mahu bekerjasama, biarlah bekerjasama ‘totally’ (secara menyeluruh), bukan kerana merundingkan kononnya ada kerusi bagi mengelak (pertembungan) tiga penjuru.

“Kami fikir itu adalah taktikal dan muslihat yang dilakukan,” kata Zahid pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-76 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di ibu negara seperti dilapor BH.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14, berkuat kuasa hari ini.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu. – BeritaBersatu

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022· Politik
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
9 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
14 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok