Bubar Parlimen jika kajian sikap pengundi menyebelahi BN: Ismail Sabri

August 14, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) sekiranya laporan mengenai kajian sikap pengundi oleh Wanita Barisan Nasional (BN), memihak kepada gabungan itu.

Perdana Menteri berkata tidak dinafikan laporan daripada wanita BN selalu tepat dan akan menimbang pembubaran Dewan Rakyat jika wanita yakin kemenangan akan menyebelahi gabungan itu sekiranya PRU-15 diadakan nanti, lapor Bernama.

“Bukan saya tak percaya pada yang lain, tetapi laporan kajian oleh wanita ini memang selalunya tepat, dan jika saya terima laporan lengkap kajian sikap Wanita (BN) yang mengatakan BN akan menang (PRU15) saya akan bubarkan Parlimen,” katanya semasa sesi Bicara Hati PM pada Konvensyen Wanita BNhari ini.

Ismail Sabri berkata beliau mempertanggungjawabkan Wanita BN untuk menjalankan kajian sikap itu bukan hanya kepada penyokong BN tetapi juga penyokong gabungan lain dan pengundi atas pagar.

Langkah ini katanya bagi mengetahui kekuatan BN pada PRU-15 dan memastikan gabungan itu menang dan memerintah kerajaan sepenuhnya.

“Sebab itu, saya bagi tanggungjawab pada Wanita komponen juga untuk lakukan kajian sikap ini, bukan hanya Wanita UMNO, kerana tujuan kita PRU kira nak menang dan memerintah, jika laporan meyakinkan, saya akan berbincang dengan Top five untuk bubarkan Parlimen,” katanya pada sidang media selepas sesi Bicara Hati Perdana Menteri itu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata Wanita BN perlu terus menjadi lidah kerajaan untuk menyampaikan maklumat tepat kepada akar umbi.

Katanya ini kerana, banyak fakta telah dikelirukan oleh pembangkang dan menjadi peranan jentera Wanita untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.

“Dalam PRU bukan emosi yang akan tentukan kemenangan tetapi fakta. Hari ini, kita lihat tekanan pada kerajaan semakin bertambah. Yang penting bagaimana kita jawab, jangan kita biar tanpa menjawab,” tegas beliau.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa kekuatan Wanita BN perlu diperkukuhkan untuk menghadapi senario politik yang semakin mencabar.

Malah, Wanita BN juga diingatkan agar tidak sekali-kali memandang rendah akan kebolehan lawan.

“Saya yakin dengan semangat wanita BN, kita mampu kekalkan kuasa dengan kerjasama dari Wanita,” katanya.

Berita berkaitan
Ismail Sabri balas Mat Maslan, buat unjuran tanpa fakta semasa PRU-15
June 10, 2023· Politik
Dr M sedia bekerjasama dengan Muhyiddin tapi tidak dengan Anwar
June 1, 2023· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
May 29, 2023· Politik
Cabaran BN-PH kekal prestasi PRN 2018 : Merdeka Centre
May 28, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
September 26, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
15 jam lalu · Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
15 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
21 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
24 jam lalu · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
14 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok