Bubar Parlimen baharu terbatal MoU dengan kerajaan: Anwar

July 31, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui memorandum persefahaman (MoU) secara automatik akan terbatal sekiranya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Ketua Pembangkang itu berkata hanya dengan pembubaran Parlimen akan dapat membatalkan MoU antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan, bagaimanapun beliau berkata blok pembangkang sudah bersedia untuk berentap dengan UMNO-Barisan Nasional (BN) di pentas pilihan raya.

“Seperti yang telah dijelaskan, memorandum persefahaman (MoU) terbatal apabila ada pilihan raya. Kalau ada pilihan raya, kami bersedia pada bila-bila masa.

“Tetapi keutamaan kerajaan adalah ekonomi sekarang ini, rakyat terbeban, tanggungjawab kerajaan untuk mengendalikan ekonomi dengan baik, supaya dapat ringankan beban rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Anwar terdahulu merasmikan Medan Selera Huat Huat Dataran Segar di Lukut, Port Dickson hari ini.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Rundingan dan Pelaksana MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan PH, Tan Sri Annuar Musa berkata, MoU tersebut kekal berkuat kuasa sehingga Parlimen dibubarkan.

Bagaimanapun, kekeliruan timbul kerana ada satu klausa dalam MoU itu yang menyatakan kerajaan tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 Julai.

Kata beliau, sekiranya selepas berakhir Julai ini terdapat klausa untuk Parlimen dibubarkan, ia terpulang kepada Perdana Menteri dan kerajaan.

Anwar yang juga Pengerusi PH sementara itu berkata, selepas Rang Undang-Undang (RUU) Antilompat Parti diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini, PH akan terus mendesak untuk kerajaan memberikan keutamaan dalam beberapa isu lain sebelum Parlimen dibubarkan termasuk berkaitan transformasi pentadbiran.

MoU Transformasi Dan Kestabilan Politik tersebut mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata akan akur dengan pendirian partinya untuk tidak meneruskan MoU 2.0 dengan pembangkang.

Berita berkaitan
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
2 jam lalu· Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
4 jam lalu· Politik
Anwar lantik Izzah boleh bawa kepada nepotisme, kata IDEAS
5 jam lalu· Isu semasa
Pertemuan dengan RoS, Mat Maslan kata UMNO pertahan usul tiada pertandingan
January 31, 2023· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
1 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
4 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
5 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
6 jam lalu · Politik
MB Kedah kata pelik bila PM lantik anak jadi penasihat kanan negara
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
41 minit lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok