Bubar DUN Johor, Speaker minta tunggu sehingga Ahad nanti

January 21, 2022 · Politik

Semua pihak diminta menunggu sehingga Ahad, ia selepas spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semakin bertiup kencang ketika ini.

Perkara itu diberitahu Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung dakwaan Menteri Besar Datuk Hasni Mohamad sudah menghantar surat permohonan pembubaran DUN bagi membolehkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, Suhaizan berkata, setakat hari ini beliau atau pejabatnya masih belum menerima sebarang surat berkaitan berkaitan PRN termasuk daripada Hasni seperti didakwa.

“Tidak benar. Saya atau pejabat Speaker tidak menerima apa-apa surat pun berkaitan PRN, setakat hari ini.

“Tunggu Ahad nanti apabila pejabat dibuka semula,” katanya dipetik laporan BH.

Terdahulu, tular laporan media mendakwa surat permohonan pembubaran DUN oleh Hasni sudah dihantar kepada pejabat Speaker DUN Johor.

Laporan itu yang memetik sumber UMNO turut mendakwa konon DUN Johor akan dibubar pada Ahad ini, selepas permohonan untuk pembubaran DUN telah mendapat perkenan Istana Johor.

Tengah hari tadi, Hasni dilaporkan memberi isyarat PRN Johor, mungkin diadakan dalam masa terdekat.

Hasni yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO dilaporkan turut memberi jaminan, jika PRN Johor dilaksanakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan mengganggu sebarang urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Berita berkaitan
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Kerajaan campuran kedekut, pemberian wang ihsan kepada Kelantan berkurangan berbanding tahun lalu
November 26, 2023· Politik
Sultan Selangor titah mahu sidang DUN Selangor berlangsung tertib
October 19, 2023· Isu semasa
PRK DUN Jepak: PN sahkan tak letak calon bertanding
October 18, 2023· Politik
Popular
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok