Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu

October 6, 2022 · Politik

Berbeza dengan pendirian Menteri UMNO yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera, pendirian Menteri Perikatan Nasional (PN) adalah rakyat terlebih dahulu diutamakan, kata Datuk Dr Radzi Jidin.

Radzi yang juga Menteri Pendidikan mengesahkan semua 12 Menteri PN sudah menghantar warkah kepada Yang di-Pertuan Agong dengan menyatakan pendirian tidak bersetuju PRU-15 diadakan semasa musim banjir yang bakal melanda dan berbeza sama sekali dengan pendirian UMNO yang mahu pula PRU-15 semasa banjir.

“12 Menteri Perikatan Nasional menandatangani surat warkah kepada Agong telah menyatakan tidak mahu PRU diadakan pada musim banjir… Saya boleh aa sahkan bahawa memang kami menteri daripada parti Perikatan Nasional mengutus warkah kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Perguan Agong memohon agar tidak dilaksanakan pilihan raya dalam masa terdekat.

“Kerana asas-asas yang sepertimana yang kita tahu tadi apa yang paling penting adalah kita dalam kerajaan ingin menumpukan pada perkara-perkara berkaitan dengan kebajikan rakyat.

“This is kritikal ya sebagai contoh dalam sekarang ini kami di Kementerian Pendidikan banyak perkara yang kita ingin selesaikan. Banyak perkara-perkara struktur yang kita ingin pastikan dapat dilaksanakan,” katanya semasa dalam satu sidang media hari ini.

Jelasnya, pendirian tersebut adalah melibatkan semua Menteri PN dan tidak melibatkan Menteri UMNO-Barisan Nasional.

“Disini kita ingin tegaskan pendirian parti kita, kalau UMNO ada pendirian untuk melaksanakannya pilihan raya secepat mungkin… Dah tak sabar dah.

“Pendirian kita jelas bahawa rakyat diberi keutamaan dan kita ingin jelaskan kepada rakyat itulah pendirian kita,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan semua 12 Menteri dari Bersatu dan PAS dalam kerajaan itu menyatakan pendirian PRU-15 tidak sepatutnya diadakan semasa musim tengkujuh dan surat tersebut ditandatangani pada 3 Oktober lalu dihantar kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.

Laporan tersebut juga membangkitkan berhubung ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai hujan lebat dan kejadian banjir berikutan peralihan monsun dalam beberapa minggu akan datang, di mana ia boleh menjejaskan pengundian PRU-15 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Surat itu juga turut menyeru supaya tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan ekonomi berikutan lebih daripada dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.

Spekulasi bertiup kencang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Agong pada minggu ini bagi memohon pembubaran Parlimen selepas mendapat mandat daripada UMNO untuk mempersembahkan cadangan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga dilihat membuat pelbagai persediaan sebagai isyarat PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
23 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Selepas Noh, Khairy juga dipecat dan Hishammuddin digantung keahlian
January 28, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok