Buat pilihan terbaik: Tengku Zafrul

November 9, 2022 · Politik

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengajak pengundi untuk keluar beramai-ramai bagi membuat pilihan parti mana yang wajar membentuk Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

“Saya menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan agar jangan lupa untuk keluar mengundi pada 19 hari bulan nanti.

“Buatlah pilihan yang tepat dan terbaik, demi kestabilan dan kemakmuran negara yang kita cintai ini,” katanya berucap dalam pertemuan dengan ahli Kelab Pesara Kerajaan di Dewan Generasi Warisan, Ijok, Kuala Selangor, hari ini (9 November 2022).

Calon BN kerusi Parlimen Kuala Selangor itu juga berkata Bajet 2023 akan dibentangkan semula sekiranya BN dipilih membentuk semula Kerajaan Persekutuan.

“Jika BN diberi mandat untuk membentuk Kerajaan Persekutuan, kami akan membentangkan kembali Bajet 2023 dan memastikan bahawa inisiatif serta program yang dicadangkan ini dapat direalisasikan,” katanya.

Tengku Zafrul berkata antara inisiatif yang dicadangkan dalam Bajet 2023 itu ialah Semarak Niaga yang menyediakan bantuan kepada mereka yang ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan.

Menurutnya sebanyak RM1.7 bilion telah diperuntukkan bagi perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) selain beberapa skim pembianaan melalui TEKUN, BSN dan lain-lain.

Katanya Bantuan Khas Kewangan juga disediakan dengan peruntukan sebanyak RM1.3 bilion.

“Sebanyak RM700 bagi penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM350 bagi pesara Kerajaan.

“Pemberian 50 peratus diskaun ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian Prasarana kepada 21,000 pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Pulau Pinang, turut disediakan” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
3 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
16 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
9 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
9 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok