Bolehkah calon muda PRU pikul tanggungjawab besar?

November 13, 2022 · Politik

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kali ini menyaksikan ramai muka baharu mewarnai se­narai calon yang masih muda.

Mengikut pecahan usia bawah 50 tahun, di peringkat Parlimen, seramai 19 calon berusia 21 hingga 29 tahun, 129 calon (30 hingga 30 tahun) dan 241 calon (40 hingga 49 tahun).

Bagi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) pula, seramai 17 calon berusia 21 hingga 29 tahun, 75 calon (30 hingga 39 tahun) dan 106 calon (40 hingga 49 tahun).

Persoalannya, mampukah calon muda  yang masih baharu dalam dunia politik memikul tanggungjawab untuk membawa suara rakyat?

Dalam pada itu, Dekan Program Komunikasi Media Baharu, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof. Madya Dr. Mohd. Faizal Kasmani berkata, penampilan belia sebagai calon PRU15 kali ini me­nunjukkan usaha parti-parti politik dalam meremajakan parti.

“Sebagai calon muda dan baharu, sudah tentu mereka turut berdepan cabaran untuk mendapatkan undi daripada pengundi di kawasan setempat.

“Pertama sekali mereka kena kenali dan tahu kawasan di situ. Walaupun ada yang kata parti penting, tetapi keadaan sekarang sama rata berbanding dahulu yang mana ada pihak dominan.

“Semua parti dilihat sama rata dan sebab itulah, pilihan raya kali ini sangat menarik. Rakyat keliru tidak tahu hendak memilih calon, jadi ini peluang tonjolkan diri serta mengenali sesuatu kawasan tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, walaupun era sosial media pada masa ini memberi kelebihan dalam menjalankan kempen, namun kempen konvensional dari rumah ke rumah dan bertemu pengundi secara bersemuka juga penting.

“Media sosial sangat ‘berkuasa’ terutama untuk mencapai kumpulan pengundi 40 tahun ke bawah tapi kempen secara tradisional juga pen­ting,” katanya.

Ujarnya, penampilan calon muda juga bukan bermaksud mesti menang, namun pencalonan pada PRU15 adalah langkah pertama untuk bergerak dan meneruskan perjalanan dalam dunia politik.

Dalam pada itu, bekas pengacara stesyen televisyen, TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang juga Ketua Srikandi Muda Bersatu antara muka baru yang bertanding PRU15 kali ini.

Nurul Fadzilah dilihat berpotensi menarik sokongan pengundi muda iaitu pengundi 18 tahun di kawasan Parlimen Setiawangsa.

Sebelum menceburi arena politik, Nurul Fadzilah pernah melakukan kerja kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO). Bahkan, dia juga pengamal undang-undang sivil dan mempunyai syarikat guaman sendiri.

“Lazimnya aktiviti membantu orang ramai ini saya lakukan pada hujung minggu. Kami sangat aktif ketika pandemik melanda negara bermula 2020 sehingga kini,” katanya.

Antara program dianjurkan ialah Bakul Makanan dan Bakul Bayi Prihatin.

“Kecintaan dengan aktiviti kemasyarakatan dan kebajikan membuatkan hati saya sangat tenang. Ia memberi kepuasan yang sukar digambarkan.

“Setiap pemberian yang diberi kadangkala ada antara mereka yang selitkan doa untuk saya. Ketika itu rasa hati sangat tenang dan puas dapat bantu ramai orang,” katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok