Boleh percaya ke cakap Anwar gagal jadi PM kerana tak jilat perasuah?

July 16, 2022 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi cerita kononnya tidak dapat menjadi Perdana Menteri (PM) kerana enggan berkompromi dengan pemimpin UMNO yang berdepan kes mahkamah dan tidak mahu menjadi penjilat rasuah.

Presiden PKR itu seolah-olah sedang memperdaya rakyat berhubung naratif cerita terbaharunya walhal satu negara sudah mendengar perbualan rakaman mesra dengan anak muridnya tahun lalu, adakah Anwar mahu rakyat melupakannya?

Lebih melucukan semasa awal-awal pendedahan rakaman audio antara cikgu Anwar dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kedua-dua mereka cuba menafikan tetapi akhirnya terpaksa mengakui rakaman tersebut adalah asli.

Kini, selepas lebih setahun Anwar cuba menjustifikasikan kegagalannya menjadi PM adalah disebabkan kerana prinsipnya yang tidak mahu bersekongkol dengan pemimpin UMNO yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Baharu sekarang Anwar bercakap soal prinsip, tetapi semasa membuat pakatan dengan Zahid dan rakannya, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini tidak pula Ketua Pembangkang itu bercakap soal prinsip atau apakah sudah sedar dirinya sebelum sememangnya ditipu hidup-hidup anak muridnya.

Hanya Anwar sekarang yang berbuih mulut cuba menjelaskan berhubung perjanjian sebelum ini dengan Zahid dan Najib, tetapi kedua-dua pemimpin UMNO itu tidak pula mengulas lanjut berhubung dakwaan yang dibuat Anwar terhadap mereka.

Anwar semasa berucap dalam Kongres Nasional PKR di Shah Alam hari ini menegaskan tidak mahu menjadi penjilat perasuah, mungkin sudah timbul rasa keinsafan apabila kena “kencing” dengan anak muridnya dan Bossku.

“Ada orang kata ‘sudahlah, Anwar gagal’.

“Dengar sini, (jika) nak saya berjaya dengan menjilat perasuah, pilih presiden lain,” katanya dipetik laporan media dan disambut dengan sorakan perwakilan kongres.

Kemudiaan apabila berakhir ucapan dasarnya, Rafizi Ramli juga seakan memberi respon balas apabila menggesa penyokong PKR daripada berhenti membodek Anwar

Jika tidak faham lagi dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR yang baharu itu, tidak tahulah apa lagi hendak cakap.

Perkara penting yang sehingga hari ini Anwar tidak menjelaskan, jika benar tidak mahu menjadi penjilat perasuah, mengapa menghubungi Zahid dan merancang langkah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini?

Jika tidak mahu menjadi penjilat perasuah, mengapa masih menerima surat sokongan akuan bersumpah (SD) daripada pemimpin UMNO dan meneruskan rancangan menjatuhkan kerajaan PN sebelum ini?

Anwar jangan ingat rakyat bodoh tidak mengetahui cerita belakang tabir perbincangan dengan anak muridnya dan Najib sebelum ini semasa mahu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika Anwar bukan penjilat rasuah, apakah tujuan sebelum ini menggumumkan kononnya memiliki sokongan majoriti yang cukup untuk menjadi PM, daripada manakah sokongan itu datang?

Tidak perlulah Anwar cuba memutarbelit cerita dongeng tidak mahu menjadi penjilat rasuah, walhal sudahpun menjilat dan kemudiaan terpaksa menanggung malu akibat kena “kencing” dengan Kluster Mahkamah.

Lebih baik Anwar cakap sebenarnya masih bercita-cita mahu menjadi PM, tak perlulah menggunakan alasan kononnya diri itu suci dan bersih daripada segala kesilapan.

Jika Anwar beranggapan rakyat bodoh mudah percaya dengan cerita dongengnya, mungkin ia satu kesilapan besar kerana kelak nanti akan dihukum sekali lagi dalam pilihan raya umum ke-15 seperti yang berlaku semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok