Boleh kami sokong UMNO tapi tak sokong Presiden? soal ahli MT

August 3, 2021 · Politik

Pendirian Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) tetapi tidak menyokong Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan tidak praktikal, kata seorang Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Beliau membidas gesaan Zahid yang mendesak pengunduran Muhyiddin sebagai tidak munasabah dan mempersoalkan sama ada perkara sama boleh berlaku dalam UMNO jika Presiden tidak disokong ahli UMNO tetapi masih kekal berada dalam parti.

“Kalau kita bersama dengan Parti Bersatu tapi tak sokong Presiden Bersatu, itu tidak praktikal. Kita sokong PAS tapi tak sokong Haji Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang).. tak praktikal.

“Tapi kalau nak cuba dalam UMNO boleh. Kita sokong UMNO tapi tak sokong presiden UMNO,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia pada satu sidang media hari ini selepas menerima memorandum daripada beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan.

Untuk rekod, Zahid sebelum ini menggesa Muhyiddin berundur tetapi UMNO mengekalkan sokongan kepada kerajaan PN.

Petang ini satu lagi Mesyuarat MT akan diadakan, difahamkan ia bagi memuktamadkan keputusan UMNO dengan mendesak peletakan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri yang berada dalam Kabinet PN.

Zahid dan Datuk Seri Najib Razak selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah antara yang tidak menyokong kerajaan PN dan mendesak pengunduran Muhyiddin.

Sementara itu, Zahidi juga memberi amaran kepada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah terhadap pihak Istana dan pemimpin negara.

“Saya ada bukti, termasuk ahli-ahli Parlimen mengeluarkan dokumen-dokumen palsu istana. Kita dah semak, dokumen itu tak betul.

“Kita boleh ambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya.

Zahidi turut menyelar tindakan ahli-ahli pembangkang yang mengadakan demonstrasi semalam yang didakwa mengalihkan perhatian negara daripada peperangan melawan Covid-19.

Dalam pada itu, Zahidi yang juga ahli Parlimen Padang Besar berkata, Muhyiddin masih mendapat sokongan majoriti MP.

“Kita hantar 40 tandatangan menyokong Muhyiddin, dan kita sedang runding lagi tiga (PKR) untuk sokong kerajaan PN.

“Kita sedang bincang kalau boleh Presiden UMNO pun sokonglah sebab kerajaan ini kerajaan bersama yang mana UMNO dapat jawatan Timbalan Perdana Menteri,” kata Zahidi lagi.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok