BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat

August 9, 2022 · Politik

Barisan Nasional (BN) akan memuktamadkan keputusan permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyertai gabungan itu pada minggu hadapan.

Keputusan tersebut akan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang akan diadakan minggu hadapan sama ada menerima atau menolak permohonan PBM yang dipimpin Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin tersebut, kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

“BN ini merupakan parti yang keputusannya dibuat secara konsensus, semua pihak atau parti komponen dalam BN bersetuju, baru boleh. Tunggulah sehingga mesyuarat diadakan.

“Perbincangan akan diadakan semasa mesyuarat tersebut dan semua pihak mesti bersetuju, kalau ada satu pihak tidak bersetuju ia tidak akan boleh dilakukan,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi BN dipetik daripada laporan Utusan Malaysia hari ini.

Sementara itu, Mohamad mengesahkan Zuraida ada datang bertemu dengannya pada awal bulan lalu bagi menyatakan hasrat PBM tersebut.

“Saya juga nyatakan bahawa BN ini bukan diputuskan oleh satu parti sahaja, ia keputusan dibuat secara konsensus. Saya telah minta beliau untuk menulis surat kepada Pengerusi BN untuk perkara ini dibawa dan dipertimbangkan dalam mesyuarat BN,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO dalam pada itu berkata, selain PBM, terdapat juga beberapa parti lain turut menyatakan hasrat untuk menyertai BN.

“Ada dari semasa ke semasa, parti-parti yang ditubuhkan menyatakan hasrat untuk menganggotai BN tetapi kebanyakannya kami minta untuk menjadi Friends of BN terlebih dahulu. Kebanyakan parti ini tiada wakil rakyat, tetapi, PBM ini lain sedikit kerana mereka mempunyai wakil rakyat.

“Pertimbangan-pertimbangan daripada pelbagai sudut mesti diperhalusi dan kami juga tidak mahu ada pihak-pihak lain rasa tidak senang hati jika kami menerima sesuatu parti masuk menjadi anggota BN. Jadi, ia akan dibahas dan dibincang dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN,” katanya.

Terdahulu, Zuraida berkata partinya masih menunggu jawapan daripada BN berhubung permohonan partinya untuk menyertai gabungan tersebut.

Untuk rekod, Zuraida sebelum ini bertindak keluar PKR tetapi mengumumkan keluar parti dan menyertai PBM yang baharu ditubuhkan tahun lalu.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
21 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
September 26, 2023· Isu semasa
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
5 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
September 26, 2023 · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
2 jam lalu
[VIDEO] Sanusi tolak jadi calon naib presiden PAS, selesa jadi AJK
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok