BN tidak ada bincang siapa calon PM, jadi siapa ‘poster boy’?

October 12, 2022 · Politik

Tiada perbincangan berhubung siapa bakal jadi calon Perdana Menteri (PM) semasa berlangsung Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi.

Beberapa pemimpin tertinggi BN semasa menghadiri mesyuarat tersebut mengesahkan tiada perbincangan berhubung siapa bakal menjadi calon PM, ia walaupun UMNO sebelum ini menamakan Naib Presidennya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai ‘poster boy’ pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengesahkan perkara itu.

“Calon Perdana Menteri tiada dibincangkan, kita bincang mengenai manifesto namun ada beberapa perkara masih belum dimuktamadkan.

“Kami PBRS masih ada beberapa perkara mahu diketengahkan dan cadangkan,” katanya dipetik laporan BH.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut mengesahkan tiada perbincangan mengenai calon Perdana Menteri, sebaliknya tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihan raya.

Mengenai pembahagian kerusi, beliau berkata, perkara itu masih belum dimuktamadkan tetapi keutamaan kepada tiga parti komponen utama BN.

Turut mengesahkan perkara sama, Bendahari Agung BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang memaklumkan calon Perdana Menteri tidak dibincangkan.

Katanya, perbincangan tertumpu kepada persiapan menghadapi pilihan raya dan manifesto parti.

“Manifesto tertumpu kepada kebajikan dan pembelaan rakyat, manakala calon baharu sentiasa diberikan penekanan berdasarkan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya.

Perkembangan terbaharu ini menimbulkan tanda tanya adakah Ismail Sabri akan dikekalkan sebagai calon PM atau sebaliknya.

Ismail Sabri baru-baru ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan PRU-15 diadakan pada tahun ini juga walaupun musim banjir semakin dekat.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
4 jam lalu· Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
9 jam lalu · Politik
Jangan jadi Kerajaan Pak Pandir: Dewan Ulamak PAS tegur Anwar
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok